KUCHING, 14 Feb: Syarikat OCI TerraSus (OCI M) Sdn Bhd menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Pandu Puteri Cawangan Sarawak bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir di Bintulu.
Sumbangan tersebut diserahkan kepada Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi yang mewakili Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.
Yang di-Pertua Persatuan, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud berkata, sumbangan tersebut bagi membantu mangsa banjir di Bintulu khususnya anak-anak Pandu Puteri dan pelajar ahli persatuan itu.
“Bersama kita pada hari ini, Pengarah Kanan Ketua Bahagian Kelestarian OCI TerraSus (OCI M) Sdn Bhd, Dr. Kim Soo Yeon yang turut memberi sumbangan sebanyak RM 100,000 kepada Pandu Puteri.
“Sumbangan ini akan disalurkan kepada mangsa banjir di Bintulu khasnya kepada anak-anak Pandu Puteri dan pelajar ahli Pandu Puteri. Sumbangan ini akan kita salurkan nanti pada 26 Februari nanti,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Kanan Ketua Bahagian Kelestarian OCI TerraSus (OCI M) Sdn Bhd, Dr. Kim Soo Yeon berkata, syarikatnya sentiasa berusaha memberi impak bermakna kepada masyarakat melalui pendidikan dan sokongan kepada golongan muda, terutamanya kanak-kanak perempuan.
“OCI Terassus sentiasa mengambil berat tentang masa depan yang lestari, baik dalam perniagaan mahupun masa depan kita dengan tenaga bersih dan sains kehidupan. Oleh itu, kami percaya bahawa memberi impak bermakna kepada masyarakat adalah sesuatu yang amat penting bagi kami.
“Kami juga percaya bahawa pendidikan untuk golongan muda, terutamanya kanak-kanak perempuan, merupakan satu bentuk sumbangan yang signifikan. Dengan kerjasama Persatuan Pandu Puteri, inisiatif ini dapat membawa kesan positif kepada masyarakat,” ujarnya.
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Cawangan, Ruth Sibat @ Nur Mithali Abdullah, Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Cawangan Rosnani Abdul Latif, Setiausaha Kehormat Rukayah Dawi, Setiausaha Eksekutif Janet Lim, Pengurus Bahagian Kelestarian, Jang Soo Ah dan Pegawai Bahagian Kelestarian Nurquraishia Shafiqa.- TVS
ISKANDAR PUTERI: The Johor government has approved three major environmental policies aimed at driving sustainability, boosting renewable energy and strengthening climate resilience by 2030.
The policies, endorsed during the Johor Green Development Council meeting, focus on solar energy adoption, green transportation and flood mitigation.
Johor Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi said the Johor Renewable Energy Policy 2030 introduced guidelines for planning and developing solar power as the state's primary clean energy source.
Meanwhile, the Johor Green Transport Policy outlines measures to promote electric vehicles (EVs) and expand charging infrastructure to encourage sustainable mobility.
To tackle climate change, the Johor Climate Change (Flood Mitigation) Policy includes a flood early warning system to enhance disaster preparedness.
"The relevant authorities are required to provide updates on the Johor Green Development Council's progress regularly, while all stakeholders are urged to accelerate execution and refine strategies where necessary," he said in a statement.
He added that the three policies must be implemented immediately to achieve Johor's 2030 green vision.
Earlier, state Health and Environment Committee chairman Ling Tian Soon had said Johor aims to lead in renewable technology and sustainability with its proactive green transport policy, targeting over 15,000 EVs within five years.
Johor also plans to triple EV charging stations to 1,245, up from 377, with local councils approving applications within seven days.
Ling had said the policy also supports Singaporean visitors, as the republic will allow only cleaner-energy vehicles from 2030.
PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda dua negeri sehingga pukul 3 petang ini.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk itu melibatkan negeri Perak dan Selangor .
Di Perak, amaran berkenaan dikeluarkan melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Manakala di Selangor MetMalaysia memaklumkan, ia melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat. – KOSMO! ONLINE
Prime Minister Anwar Ibrahim has praised beverage company Etika Sdn Bhd for contributing goods worth more than RM250,000 to complement the government’s flood relief efforts.
Anwar praised the beverage firm for taking up his call for the private sector to join in the flood relief efforts.
“Etika’s swift action in providing aid reflects its genuine concern and strong spirit of solidarity in supporting the community during these challenging times.
“Etika’s swift response to this national crisis exemplifies the spirit of corporate Malaysia at its best,” Anwar was quoted as saying in a press release by the company.
Etika had contributed 7,000 cartons or nearly 130,000 bottles and cans of dairy-based beverages, bottled water and energy drinks to Yayasan Food Bank Malaysia, which were then channelled to flood victims as well as frontliners.
The company also mobilised volunteers to help Yayasan Food Bank Malaysia distribute the drinks.
Its CEO, Santharuban Thurai Sundaram, said the floods had left a deep impact on many, and it was Etika’s corporate as well as human responsibility to support the flood relief efforts.
Santharuban said the firm was committed to helping the local communities affected by the floods to rebuild.
“In this moment of adversity, we believe that every small effort counts. More than just contributing products, we believe in being part of the collective effort to help communities rebuild and recover.
“Supporting the communities we serve has and will always be at the heart of Etika’s values and everything we do here.
“True impact comes from empathy and collective action, especially when the floods have led to unprecedented upheaval and turned the lives of many Malaysians upside down,” he said.
Etika has been partnering with Yayasan Food Bank Malaysia since 2019, becoming one of the organisation’s largest contributors during the onset of the Covid-19 pandemic and ensuing lockdowns.
Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, the chairman of Yayasan Food Bank Malaysia’s board of trustees, expressed gratitude to Etika and Santharuban for their consistent contributions and efforts.
“Our collaboration continues, and every contribution is deeply appreciated,” she said.
AYER KEROH, 14 Februari - Bomba Melaka terpaksa menempuh masa lebih 12 jam bagi memadamkan kebakaran lalang belukar seluas kira-kira 6.8 hektar yang turut melibatkan puncak bukit di Taman Muzaffar Height, di sini petang semalam.
Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba II Mohd Khairulnizam Mohamad Anuar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.50 petang sebelum 29 anggota bomba dan 10 aset memadam kebakaran di gerakan ke lokasi berkenaan.
Empat balai bomba yang terlibat termasuk Ayer Keroh, Bukit Katil, Melaka Tengah dan Tangga Batu.
"Kebakaran belukar dianggarkan berkeluasan 1.2 hektar dan terbahagi kepada tiga kawasan iaitu Kawasan A di puncak bukit, sebelah Condominium Muzaffar Height (Kawasan B) dan pencawang Tenaga Nasional Berhad (Kawasan C).
"Jentera dari balai bomba Ayer Keroh melakukan pemadaman dari atas puncak bukit menggunakan dua aliran hos sepanjang 500 kaki iaitu dianggarkan jarak sepanjang 152 meter dari tangki air jentera dan dibantu oleh jentera balai bomba Tangga Batu.
Bagi kawasan B dan C, jentera bomba mengawal dan memadam api menggunakan dua aliran hos sepanjang 91 meter dari jentera tangki kaedah pemerap api.
Katanya, faktor cuaca kering dan panas menjadi antara punca api merebak begitu pantas dan bomba terpaksa mengambil masa yang lama untuk memadam kebakaran hingga ia merebak kepada seluas 6.8 hektar.
Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) turut memberi bantuan sumber air dengan membuka pintu tangki air yang terdekat sehingga operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5.28 pagi Jumaat.
Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dan operasi pemadaman itu juga dibantu 22 anggota dari agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia, (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan SAMB.