OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

10 maut, 40 cedera letupan loji jana kuasa di India

10 maut, 40 cedera letupan loji jana kuasa di India

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 maut dan 40 lagi cedera selepas dandang dalam loji jana kuasa meletup di Chhattisgarh, tengah India, menurut beberapa laporan media tempatan.

Letupan berlaku di loji tenaga milik Vedanta di Kampung Singhitarai dalam Daerah Sakti, kira-kira 228 kilometer timur laut Raipur, ibu negeri Chhattisgarh.

"Sepuluh orang maut, lebih 40 lagi cedera dalam satu letupan di loji jana kuasa di Daerah Sakti, Chhattisgarh pada Selasa," lapor saluran berita televisyen tempatan NDTV yang memetik pihak polis.

Menurut saluran itu, beberapa pekerja dikhuatiri masih terperangkap di lokasi kejadian. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.

 

Menurut pegawai kerajaan tempatan, sebahagian mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Sejurus selepas letupan, pihak berkuasa mengerahkan anggota polis, bomba dan penyelamat, kesihatan serta jabatan pengurusan bencana ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

Maklumat awal menunjukkan letupan berlaku pada tiub dandang di loji kira-kira jam 2.30 petang (waktu tempatan) ketika pekerja sedang berehat makan tengah hari.

Rakaman televisyen menunjukkan kepulan asap tebal keluar dari loji berkenaan.

Letupan sering berlaku di kilang di India kerana pemilik kerap mengabaikan piawaian keselamatan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search