Tanah runtuh akibat hujan lebat ragut 8 nyawa
- Admin UKK
- Berita
BOGOTA, 25 Jun - Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh yang melanda bandar Bello, pinggir Medellin, awal pagi Selasa.
Menurut kenyataan oleh Datuk Bandar Bello, Lorena Gonzalez kejadian berlaku sebelum subuh dan menjejaskan lebih 10 buah rumah selepas hujan lebat yang menyebabkan banjir di sebuah lurah.
"Pihak berkuasa sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Sekurang-kurangnya 10 orang masih dilaporkan hilang," jelas kenyataan tersebut.
Wilayah Antioquia, yang terletak di kawasan pergunungan Andes sebelah barat Colombia, sering terdedah kepada kejadian tanah runtuh ketika musim hujan.
Bulan lalu, lima orang maut dalam satu lagi kejadian tanah runtuh di Sabaneta, sebuah lagi kawasan pinggir Medellin.