KUCHING, 1 April: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan peningkatan kes kebakaran di seluruh negara sehingga Mac 2026, terutamanya melibatkan hutan, belukar dan ladang, yang memberi impak kepada keselamatan awam serta alam sekitar.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman, menyatakan lima negeri dengan kebakaran belukar tertinggi ialah Kedah (2,524 kes), Johor (1,886 kes), Melaka (1,010 kes), Kelantan (937 kes) dan Perak (759 kes).
Bagi kebakaran ladang dan kebun, menurutnya Johor mencatat 359 kes, diikuti Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan, manakala kebakaran hutan merekodkan 1,047 kes.
“Tren tiga tahun terakhir menunjukkan ketidakkonsistenan, dengan kebakaran belukar pada 2024 sebanyak 13,182 kes, menurun pada 2025 (7,984 kes), tetapi sehingga Mac 2026 sudah meningkat kepada 11,147 kes.
“Jumlah keseluruhan kebakaran di negara ini pada tahun ini sahaja sudah mencapai 12,938 kes, menandakan risiko kebakaran yang terus meningkat, terutamanya dengan fenomena El Nino,” jelas beliau.
Punca utama kebakaran di kawasan hotspot utama katanya termasuk utara Semenanjung, timur Pahang dan Johor ialah cuaca panas dan kering, pembakaran terbuka yang tidak terkawal, serta kurang pemantauan di kawasan berisiko tinggi seperti tanah gambut dan belukar.
Oleh itu kata Ahmad Izram, JBPM menekankan langkah kawalan seperti rondaan di kawasan berisiko, nasihat kepada penduduk dan petani, kempen kesedaran awam serta penggunaan dron dengan kamera termal.
“Jabatan turut menghargai anggota bomba yang bekerja tanpa mengenal penat lelah, termasuk menukar syif daripada 12 jam kepada 24 jam bagi menangani kebakaran belukar, hutan dan ladang,” jelasnya.
Ahmad Izram juga menegaskan bahawa operasi pemadaman akan diteruskan secara berterusan sehingga keselamatan awam dan aset negara terjamin. – TVS
MANILA: Pegawai kanan pertahanan ASEAN dan negara rakan berkumpul di Manila bagi memperkukuh kerjasama dalam bantuan kemanusiaan dan tindak balas bencana (HADR) di samping menangani cabaran keselamatan serantau yang muncul, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Jabatan Pertahanan Negara (DND) memaklumkan bahawa Filipina, selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Kumpulan Kerja Pegawai Kanan Pertahanan ASEAN-Campur (ADSOM-Campur) dari 30 hingga 31 Mac.
Mesyuarat itu menghimpunkan wakil dari negara anggota ASEAN dan 'Negara Campur' – Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Russia dan Amerika Syarikat (AS).
Penolong Setiausaha DND bagi Hal Ehwal Antarabangsa, Marita Yoro mempengerusikan mesyuarat itu atas kapasiti beliau sebagai Ketua Kumpulan Kerja ADSOM-Campur.
"Perbincangan tertumpu kepada kemajuan kerjasama di bawah Kumpulan Kerja Pakar (EWG) Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM)-Campur bagi kitaran 2024 - 2027.
"Kemas kini dibentangkan merangkumi bidang utama bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana, keselamatan maritim, perubatan ketenteraan, pencegahan keganasan, operasi pengaman, tindakan periuk api untuk kemanusiaan dan keselamatan siber," menurut DND.
Agensi itu menyatakan bahawa perbincangan berkenaan menekankan dorongan berterusan untuk kerjasama praktikal dan berorientasikan tindakan bagi menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
Yoro menekankan keperluan untuk mengekalkan kerjasama pertahanan diterajui ASEAN di tengah-tengah landskap geopolitik yang berubah-ubah.
"Ketika kita berkumpul hari ini di tengah-tengah jurang geopolitik yang semakin melebar dan persaingan strategik yang semakin meruncing.
"Usaha serantau mesti kekal berpandukan paksi keamanan dan keselamatan yang dibina atas pematuhan kepada undang-undang antarabangsa, dialog tulen dan kerjasama untuk kepentingan semua," katanya.
Beliau turut menyeru kepada perpaduan dan orde antarabangsa berasaskan peraturan, serta menggesa kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara anggota.
Mesyuarat itu mengesahkan komitmen Filipina untuk memperkukuh pemusatan ASEAN dan memperdalam pembabitan dengan rakan dialog melalui platform ADMM-Campur.
Pegawai juga membincangkan kebimbangan yang muncul, termasuk perlindungan infrastruktur bawah air yang kritikal, tindak balas terhadap ancaman kimia, biologi dan radiologi, serta penyesuaian terhadap teknologi baharu.
Di luar mesyuarat, Yoro bertemu dengan rakan sejawat dari negara rakan untuk meneroka kerjasama lanjut dan menyelaras tindak balas terhadap isu keselamatan serantau dan global.
Dalam kenyataan berasingan, Yoro menegaskan peranan ASEAN dalam mengekalkan kestabilan serantau.
"ASEAN kekal sebagai satu-satunya institusi berdaya maju yang boleh memegang peranan sebagai pusat, di mana kita diingatkan tentang kepentingan dialog yang mampan dan berprinsip.
"Komitmen terhadap pembabitan yang aman dan membina, serta rasa tanggungjawab bersama dan berkekalan harus membimbing usaha kolektif kita," katanya.
Yoro turut menyatakan bahawa ADMM tahun ini adalah signifikan memandangkan ASEAN menyambut ulang tahun ke-20 Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN.
Tahun ini juga ilah ulang tahun ke-50 Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC), mercu tanda yang mencerminkan kerjasama serantau selama beberapa dekad.
YAN: Cuaca panas melampau dan kemarau sejak dua bulan lalu menyebabkan beberapa kawasan peranginan di Yan dan Merbok, dekat sini kering dan kurang dikunjungi pengunjung.
Keadaan itu menyebabkan perniagaan hiliran di kawasan rekreasi seperti di Titi Hayun, Seri Perigi dan Batu Hampar di sini serta Hutan Lipur Tupah di Merbok turut terjejas.
Seorang peniaga gerai makan di Titi Hayun, Syaripah Omar, 48, berkata, perniagaan diusahanya lebih dua tahun di situ mengalami kemerosotan ekoran kurang pengunjung.
“Keadaan ini berterusan sejak lebih dua bulan lalu apabila aliran air hanya terdapat di kawasan tertentu manakala kawasan lain kering kontang.
“Ini menyebabkan pengunjung tidak bersantai untuk mandi-manda serta menjamu selera di gerai kami yang secara langsung menjejaskan pendapatan harian,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Bagi peniaga nira nipah, Norhayati Musa, 41, berkata, sebelum ini permintaan terhadap air tersebut tinggi apabila kawasan rekreasi dipenuhi pengunjung terutamanya ketika hujung minggu.
“Ketiadaan air membuatkan pengunjung terutamanya yang membawa keluarga untuk mandi-manda terpaksa berpatah balik dan tidak beriadah sambil makan dan minum di sini.
“Macam cuti sekolah sempena hari raya baru-baru ini pun apabila kekurangan pengunjung, perniagaan nira saya tidak laku dan menjejaskan mata pencarian,” katanya.
Seorang peniaga makanan ringan dan ais krim di Hutan Lipur Tupah, Mohd. Noor Ismail, 59, berkata, perniagaan yang dijalankan sejak lima tahun lalu berdepan kemerosotan ketara kerana ketiadaan air yang membolehkan pengunjung beriadah di situ.
“Teruklah sikit perniagaan sekarang ini berbanding beberapa bulan lalu ekoran panas melampau yang menyebabkan air di Sungai Tupah menjadi kering.
“Sebelum ini keadaan cuaca tidak sepanas ini yang membolehkan ramai pengunjung berendam dan mandi-manda bersama keluarga, tetapi ditambah dengan kemarau telah menyebabkan air sungai semakin hari semakin kering,” katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung di Titi Hayun, Siti Sabariah Omar, 42, berkata, dia terkejut apabila mendapati kawasan rekreasi itu yang dulunya menjadi tempat tumpuan kini lengang.
“Macam mana nak bawa keluarga berkelah di sini kerana tiada air dan kalau ada di dalam beberapa lopak pun airnya berbau busuk,” katanya. – UTUSAN
Magnitude 7.4 Molucca Sea earthquake in Indonesia triggers tsunami alerts for Malaysia and the Philippines
- Admin UKK
- Berita
JAKARTA, April 2 — An earthquake of magnitude 7.4 struck the Northern Molucca Sea off Indonesia’s historic spice island of Ternate today, the United States Geological Survey said, triggering a tsunami warning for neighbouring South-east Asian nations.
There were no immediate reports of injuries, though the agency reported aftershocks of magnitude as high as 5, and Indonesia called tsunami warnings for areas in its provinces of North Maluku and North Sulawesi.
Regional governments in some cities, such as Ternate and Tidore, the former spice islands, were urged to prepare citizens for evacuation, while news channel Metro TV broadcast images of damaged buildings.
The quake, its magnitude revised down from an initial 7.8, struck at a depth of 35km, greater than the early figure of 10km, the USGS added.
Its epicentre was about 120km from Ternate, in North Maluku, which has a population of more than 200,000, the agency said.
Hazardous tsunamis were possible along the coasts of Indonesia, the Philippines and Malaysia within 1,000 km (620 miles) of the epicentre, US tsunami warning authorities said.
Waves of height ranging from 0.3 m to 1 m above the tide level could hit some coastal areas of Indonesia, the Pacific Tsunami Warning Center said.
It also warned of the risk of waves less than 0.3 m over tide levels for the coasts of Guam, Japan, Malaysia, Papua New Guinea, the Philippines and Taiwan.
Japan may see waves of up to 0.2m, but no damage is expected, the Japan Meteorological Agency said, as it warned a tsunami could occur in the Pacific.
Indonesia straddles the so-called Pacific Ring of Fire, an area of high seismic activity where tectonic plates meet and earthquakes are frequent. — Reuters
KEMAS KINI: Gempa kuat 7.4 magnitud di Maluku Utara rosakkan bangunan, seorang maut
- Admin UKK
- Berita
JAKARTA: Gempa bumi 7.4 magnitud melanda Laut Maluku Utara di luar pesisir Pulau Ternate, Indonesia pagi ini mengakibatkan beberapa bangunan rosak serta mencetuskan ombak tsunami, menurut pihak berkuasa dan saksi.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa susulan bermagnitud sehingga 5, manakala agensi meteorologi Indonesia, BMKG, melaporkan ombak tsunami setinggi 0.3 meter di Halmahera Barat dan 0.2 meter di Bitung.
Stesen penyiaran Indonesia, Metro TV, melaporkan seorang individu maut akibat ditimpa runtuhan di kawasan Manado, dan rakaman video menunjukkan beberapa bangunan mengalami kerosakan.
Seorang penduduk Manado memberitahu Reuters, orang ramai berlari keluar dari rumah dalam keadaan panik. Tiada kerosakan jelas di kawasan kejiranannya, namun beberapa barang jatuh dari rak dan bekalan elektrik terputus.
Indonesia terletak di kawasan "Lingkaran Api Pasifik" (Pacific Ring of Fire), iaitu zon yang sangat aktif dari segi seismik di mana beberapa plat kerak bumi bertemu, menyebabkan berlakunya banyak gempa bumi dan gunung berapi.
Kerajaan wilayah di beberapa bandar seperti Ternate dan Tidore, yang terkenal sebagai Kepulauan Rempah (Spice Islands), telah diminta bersiap sedia untuk memindahkan penduduk.
Pihak berkuasa amaran tsunami Amerika Syarikat berkata, tsunami berbahaya berkemungkinan berlaku di sepanjang pantai Indonesia, Filipina dan Malaysia dalam lingkungan 1,000 kilometer (620 batu) dari pusat gempa.
Pusat gempa dianggarkan kira-kira 580 kilometer di selatan pantai Filipina dan 1,000 kilometer dari Sabah, Malaysia.
Agensi seismologi Filipina, Phivolcs, berkata berdasarkan data terkini, tiada ancaman tsunami yang merosakkan terhadap negara itu.
Jabatan Meteorologi Malaysia pula dalam satu hantaran Facebook menyebut, tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia setakat ini, dan pihaknya sedang memantau perkembangan.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) memaklumkan ombak setinggi 0.3 hingga 1 meter melebihi paras air pasang boleh melanda beberapa kawasan pantai Indonesia.
PTWC turut memberi amaran risiko ombak kurang daripada 0.3 meter melebihi paras air pasang bagi kawasan pantai Guam, Jepun, Malaysia, Papua New Guinea, Filipina dan Taiwan.
Jepun mungkin mengalami ombak setinggi sehingga 0.2 meter, namun tiada kerosakan dijangka, kata Agensi Meteorologi Jepun sambil memberi amaran tsunami boleh berlaku di kawasan Pasifik. - REUTERS
