KUANTAN – Sebanyak 18 projek tebatan banjir bernilai RM3.184 bilion diluluskan untuk dilaksanakan di negeri ini dalam usaha mengatasi isu banjir yang boleh merosakkan harta benda dan mengorbankan nyawa.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah yang diluluskan itu sebanyak 11 projek telah bermula secara fizikal, manakala enam projek dalam proses reka bentuk dan satu projek baru diluluskan.
“Alhamdulillah, kosnya RM3.184 bilion begitu banyak dan saya yakin ianya akan dapat mengurangkan risiko banjir,” katanya menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai, V. Arumugam yang bertanya berhubung tahap perkembangan dan pelaksanaan projek-projek rancangan tebatan banjir pada Mesyuarat Pertama Penggal kelima Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Menurut Wan Rosdy, antara projek yang telah bermula secara fizikal adalah menyiapkan baki kerja rancangan tebatan banjir Bandar Pekan, Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kuantan, PLSB Sungai Semantan dan lain-lain lagi.
Katanya, antara projek dalam proses reka bentuk melibatkan daerah Temerloh, PLSB Sungai Semantan, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bentong, Rancangan Tebatan Banjir Sg Krau, Racangan Tebatan Banjir Sungai Dong dan Sungai Gali di Raub serta Rancangan Tebatan Banjir Sungai Lipis.
Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan mengenai projek tebatan banjir di Sungai Bentong yang bermula 2025, beliau berkata projek itu dijangka siap pada November 2029.
“Äntara skop kerja ialah dengan mendalamkan sungai supaya air boleh lalu dengan laju, selain itu kita membina tebatan banjir, mengukuhkan tebing sungai dan dalam masa yang sama kita boleh naikkan empangan di Repas Baru dan di Perting.
KUALA LUMPUR: Kenaikan paras air hujan secara mendadak mencapai bacaan 96.5 milimeter (mm) dalam tempoh sejam dikenal pasti menjadi punca utama beberapa kejadian banjir kilat yang melanda ibu negara baru-baru ini.
Datuk Bandar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, bacaan hujan semasa direkodkan di stesen hujan Universiti Malaya (UM) dan jauh melebihi paras amaran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu sekitar 60 mm bagi tempoh dua hingga empat jam.
Katanya, hujan berintensiti tinggi dalam tempoh singkat itu menyebabkan paras sungai meningkat mendadak sehingga sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung aliran air.
“Sebagai contoh, kejadian air bertakung di Segambut Dalam berlaku apabila paras Sungai Toba merekodkan bacaan 43.14 meter, melebihi paras bahaya iaitu 42.80 meter.
“Pada hari biasa paras sungai sekitar 27 meter, namun ketika hujan ia meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan limpahan air,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.
Menurut beliau, kejadian banjir di kawasan Kuchai Lama dan sekitar LRT Bukit Jalil turut berpunca daripada peningkatan mendadak paras air sungai dan kawasan tadahan sehingga menyebabkan sistem longkang dan perparitan gagal menampung aliran air.
“Apabila paras sungai naik melebihi paras bahaya, semua aliran perparitan yang masuk ke sungai tidak dapat mengalir keluar dan berlaku fenomena ‘bounce back’ yang menyebabkan banjir kilat.
“Namun selepas hujan berhenti, dalam tempoh kira-kira 20 minit air mula surut semula,” ujarnya.
Susulan kejadian itu, DBKL memperkukuh usaha mitigasi banjir menerusi pendekatan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi mengurangi risiko banjir kilat di seluruh ibu negara.
Antara langkah segera yang diambil termasuk penubuhan dua pasukan “flying squad” untuk bertindak di 14 hotspot banjir dikenal pasti sekitar Kuala Lumpur.
Katanya, pasukan tersebut akan digerakkan sekiranya bacaan hujan melebihi 22 mm sejam bagi membersihkan saliran yang tersumbat akibat longgokan daun dan sampah.
“Kadangkala ketika hujan lebat, daun-daun kering akan menutup inlet saliran menyebabkan air tidak dapat mengalir masuk ke sistem utama.
“Pasukan ini akan bergerak segera untuk membersihkan semua halangan bagi memastikan air larian dapat terus mengalir,” katanya. – UTUSAN
GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi cuaca panas yang ekstrem akibat fenomena El Nino yang dijangka melanda negeri ini terutama pada penghujung tahun nanti.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited melindungi kesihatan rakyat semasa cuaca ekstrem dengan mematuhi panduan gelombang haba yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Panduan ini merangkumi pengurusan risiko kesihatan secara berstruktur berdasarkan ambang suhu, serta memberi fokus kepada kumpulan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan pesakit kronik.
“Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang pula memainkan peranan memantau penyakit berkaitan haba berdasarkan amaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, di samping menyalurkan nasihat dan pendidikan kesihatan secara berterusan bagi membantu komuniti bersedia dan melindungi diri semasa cuaca panas,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Muhammad Fauzi Yusoff berhubung kesiapsiagaan kerajaan negeri bagi menghadapi cuaca panas ekstrem dan bentuk sokongan kepada golongan B40.
Dalam pada, beliau memberitahu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga komited membantu golongan terjejas bencana dengan memberi fokus kepada komuniti B40 melalui program turun padang bagi meningkatkan kesedaran tentang El Nino dan risiko berkaitan.
“Selain itu, bantuan kewangan turut disediakan kepada mangsa bencana melalui Bantuan Wang Ihsan (BWI) oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara, RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas dan RM10,000 bagi kes kematian.
“Bantuan lain adalah Tabung Bencana Negeri Pulau Pinang iaitu sagu hati 20 peratus daripada kerosakan kediaman minimum RM200, maksimum RM10,000,” ujarnya.
Jelasnya, langkah tersebut bertujuan meringankan beban dan membantu pemulihan mangsa tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga bersedia menghadapi ribut dan puting beliung pasca El Nino melalui tiga teras utama Pemantauan dan Amaran Awal iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia menyalurkan maklumat cuaca dan amaran melalui sistem Penang Alert serta SMS kepada agensi berkaitan.
“MBPP membangunkan sistem pemantauan masa nyata (VIP dashboard) dan Jabatan Kerja Raya menjalankan pemeriksaan berkala struktur,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 kawasan ‘hot spot’ banjir dikenal pasti di sekitar ibu negara susulan kejadian hujan lebat dan banjir kilat yang melanda beberapa lokasi baru-baru ini.
Menurutnya, pasukan tersebut akan segera digerakkan sekiranya kadar hujan melebihi 22 milimeter (mm) sejam untuk membersihkan saliran yang tersumbat.
“Sekiranya hujan melebihi 22 mm sejam, pasukan ini akan terus ke hot spot untuk membersihkan ‘inlet’ yang tersumbat daun-daun kering supaya air boleh mengalir masuk ke sistem utama.
“Kita juga ada ‘flying squad’ untuk ‘potholes’ (lubang jalan) bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya selepas banjir surut,” katanya pada sidang akhbar di Anjung Singgahsana Menara DBKL 1, di sini hari ini.
Beliau berkata, hujan berintensiti tinggi sebanyak 96.5 mm dalam tempoh sejam pada 6 Mei lalu menjadi antara punca beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat.
Katanya, bacaan hujan di stesen Universiti Malaya itu melebihi paras amaran Jabatan Pengairan dan Saliran iaitu 60 mm bagi tempoh dua hingga empat jam.
Tiada pembangunan di tanah kolam takungan banjir jika tak penuhi syarat JPS, kata Hannah Yeoh
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan meluluskan kebenaran merancang (KM) bagi sebarang permohonan pembangunan di kawasan kolam takungan banjir di Jinjang dan Batu, berkuat kuasa serta-merta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata keputusan itu diambil susulan kapasiti kolam takungan banjir di Kuala Lumpur kini hanya berbaki sekitar 30 peratus daripada saiz asal.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius keadaan membabitkan 17 lot tanah kolam takungan banjir di Jinjang dan Batu yang sudah diberi hak milik kepada pemaju sejak 2015.
"Kira-kira 70 peratus keluasan tanah dalam kawasan badan air itu sudah diserah milik untuk tujuan pembangunan sehingga menyebabkan kapasiti asal kolam semakin berkurangan.
"Jumlah keluasan asal adalah 114.5 hektar membabitkan 17 lot tanah hak milik, namun kini hanya tinggal 34.35 hektar badan air selepas pemberian milikan.
Kerja penyelenggaraan kolam takungan jadi sukar
Hannah berkata, penilaian teknikal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati keadaan itu menjejaskan fungsi asal kolam takungan banjir selain menyukarkan kerja penyelenggaraan.
Katanya, jentera juga tidak dapat memasuki kawasan tertentu untuk kerja penyelenggaraan kolam.
"Kita tidak boleh terus membenarkan pembangunan di kolam takungan banjir.
"Sehubungan itu, DBKL tidak akan meluluskan kebenaran merancang bagi sebarang pembangunan sehingga syarat teknikal ditetapkan JPS dipenuhi termasuk memastikan fungsi asal kolam dan akses penyelenggaraan dapat dikekalkan.
"Pemilik tanah masih boleh memohon pembangunan, namun mereka perlu membuktikan semua syarat teknikal mampu dipenuhi," katanya.
Dalam pada itu, Hannah berkata, satu pasukan petugas khas dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain diwujudkan bagi menyelaras tindakan mitigasi banjir di Kuala Lumpur bersama pelbagai agensi berkaitan.
Katanya, pasukan itu turut bekerjasama dengan kerajaan Selangor memandangkan penyelenggaraan sungai membabitkan kawasan rentas negeri.
Sementara itu, Fadlun berkata, kerja pengorekan kelodak di Sungai Toba dipertingkatkan daripada dua kali setahun kepada enam kali setahun bagi mengurangkan risiko banjir kilat.
"Kawasan tumpuan utama banjir ketika ini adalah Sungai Toba dan Sungai Kerayong, kita akan terus bekerjasama dengan JPS untuk meneliti kawasan lain yang memerlukan pendekatan sama," katanya.
Intensiti hujan sangat tinggi
Dalam pada itu, Fadlun berkata hujan berintensiti sangat tinggi dalam tempoh singkat menjadi antara punca utama banjir kilat di beberapa kawasan ibu kota, baru-baru ini.
Menurutnya, pada 6 Mei lalu, stesen hujan Universiti Malaya merekodkan intensiti hujan 96.5 milimeter dalam tempoh sejam, melebihi paras amaran JPS iaitu 60 milimeter dalam tempoh dua hingga empat jam.
"Keadaan itu menyebabkan paras sungai meningkat mendadak dan sistem perparitan tidak dapat menampung aliran air secara optimum.
"Sebagai contoh, Sungai Toba merekodkan bacaan 43.14 meter melebihi paras bahaya 42.8 meter hingga menyebabkan kejadian air bertakung di Segambut Dalam," katanya.
Beliau berkata, kejadian di Kuchai Lama dan sekitar Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil juga berpunca daripada hujan berintensiti tinggi sehingga menyebabkan paras air sungai dan kawasan tadahan meningkat mendadak.
Tumpuan 14 hotspot banjir sekitar ibu kota
Fadlun berkata, DBKL kini memberi perhatian khusus terhadap 14 hotspot banjir di sekitar ibu kota termasuk Jalan Rahmat, Jalan Sultan Azlan Shah, Bulatan Dato Onn, Brickfields, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Cheras dan Jalan Genting Klang.
Menurutnya, jumlah hotspot banjir dapat dikurangkan daripada lebih 30 lokasi kepada 14 lokasi hasil pelaksanaan projek mitigasi dan penambahbaikan sistem saliran secara berterusan.
"Pelbagai tindakan sudah dan sedang dilaksanakan termasuk penyelenggaraan kolam takungan banjir, pengorekan kelodak sungai dan parit induk, pembersihan saliran serta penaiktarafan sistem perparitan.
"DBKL juga menubuhkan Task Force Hotspot Banjir Kilat Kuala Lumpur dan task force khas 'potholes' (lubang benam) bagi tindakan segera ketika hujan lebat dan selepas hujan reda," katanya.
