OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Flood situation in East Coast could worsen depending on rainfall, says expert

PETALING JAYA: The flood situation in the East Coast could worsen depending on the total rainfall on coastlines and high tides, says a meteorological expert.

Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah of National Antartica, Samudera Science Institute and Bumi Universiti Malaya said so far the rainfall occurred along the coastlines during high tides from Dec 1 to 2.

"If the downpour occurs in the inner part of the rural areas, it could be like 2014 where the water level rose faster and the river overflowed leading to the bursting of the banks, Sinar Harian quoted Azizan as saying on Friday (Nov 29).

Azizan said the floods this time around could be controlled because the National Disaster Management Agency (Nadma) and the state are prepared to face the floods.

"The rain is expected to dissipate by Nov 30, when the situation is expected to return to normal with the onset of the new monsoon.

"However MetMalaysia is predicting that the East Coast monsoon will have seven surges until March. As such the risk of floods after Nov 30 is real," he added.

 

Agong doakan keselamatan mangsa banjir

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.

"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, kami memohon kepada-Mu agar Engkau melindungi saudara-saudara kami yang sedang diuji dengan musibah banjir.

"Limpahkanlah kepada mereka kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini," demikian doa Seri Paduka Baginda dalam hantaran yang dikongsi di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Sultan Ibrahim turut mendoakan keselamatan pegawai serta anggota agensi penyelamat yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) supaya memastikan kemudahan di pusat pemindahan sementara (PPS) berada dalam keadaan baik dan bantuan juga disampaikan kepada mangsa banjir.
 
Seri Paduka Baginda bertitah orang ramai perlu sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga serta peka dengan arahan pasukan keselamatan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
Hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, diikuti Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor, hingga esok.
-- BERNAMA

Bencana banjir di 7 negeri semakin kritikal, cecah 73,981 mangsa

KUALA LUMPUR: Jumlah penduduk terjejas banjir yang melanda tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Perak dan Selangor terus meningkat kepada 73,981 mangsa daripada 22,911 keluarga setakat jam 7 pagi ini.

Setakat ini, sebanyak 551 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.

Berdasarkan maklumat portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan masih merekodkan angka mangsa banjir tertinggi dengan 59,223 orang yang membabitkan 18,469 keluarga.

Sebanyak 221 PPS dibuka di 10 daerah negeri berkenaan.

Di Terengganu, seramai 11,859 mangsa banjir (3,459 keluarga) sedang berlindung di 234 PPS yang beroperasi di lapan daerah, manakala di Kedah, 31 PPS telah dibuka di lima daerah yang menempatkan 2,204 mangsa banjir (761 keluarga).

Di Negeri Sembilan pula, enam PPS sedang beroperasi yang menempatkan 274 mangsa (96 keluarga) di dua daerah, empat PPS dibuka di Perlis dengan seramai 331 orang selain dua PPS dibuka masing-masing membabitkan 69 mangsa atau 22 keluarga) dan 21 mangsa (lima keluarga) di Perak dan Selangor.

Daripada jumlah keseluruhan mangsa banjir, seramai 24,211 (32.73 peratus) adalah lelaki dewasa, 25,850 (34.95 peratus) perempuan dewasa; 11,158 (15.08 peratus) kanak-kanak lelaki; 10,697 (14.46 peratus) kanak-kanak perempuan; 1,048 (1.48 peratus) bayi lelaki; dan 958 (1.3 peratus) bayi perempuan.

Seterusnya, 2,360 mangsa (3.56 peratus) lelaki warga emas; 3,067 (4.15 peratus) wanita warga emas; 1,287 (1.74 peratus) orang kurang upaya (OKU) lelaki; dan 748 (1.01 peratus) OKU perempuan.

Mangsa banjir di Kelantan lebih 54,000

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 54,350 orang sehingga jam 10 malam tadi. Kesemua mangsa membabitkan 16,892 keluarga itu ditempatkan di 210 pusat pemindahan sementara (PPS).

Susulan hujan lebat berterusan, kesemua 10 daerah di Kelantan dilanda banjir dengan Gua Musang menjadi daerah terbaru dilanda banjir hari ini.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 19,690 orang dan Tumpat merekodkan 8,434 mangsa.

Sementara itu, Kuala Krai merekodkan 5,226 mangsa diikutii Kota Bharu 4,553 mangsa, Pasir Puteh 4,645 mangsa, Tanah Merah 4,322 mangsa, Machang 4,117.

Selain itu, Bachok mencatatkan 2,523 mangsa dan Jeli 794 mangsa serta Gua Musang 46 mangsa.

 

Banjir: Mangsa di 4 negeri bertambah, Johor pulih

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terus memburuk dengan pertambahan mangsa malam ini, manakala banjir di Johor pulih apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir negeri itu, ditutup petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus merekodkan peningkatan ketara, dengan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jumlah mereka yang terkesan bencana malam ini ialah 50,947 orang yang dipindahkan ke 207 PPS, berbanding 42,868 orang di 190 PPS petang tadi.

Jajahan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 18,828 orang di 49 PPS, diikuti Tumpat (7,149 mangsa, 16 PPS); Kota Bharu (4,525 mangsa, 27 PPS); Kuala Krai (4,753 mangsa, 36 PPS); Tanah Merah (4,201 mangsa, 26 PPS) dan Bachok (2,516 mangsa, tujuh PPS).

Jajahan lain yang dilanda bencana itu ialah Pasir Puteh (4,643 mangsa, 21 PPS); Machang (3,567 mangsa, 19 PPS); Jeli (724 mangsa, lima PPS) dan Gua Musang (41 mangsa, sebuah PPS).

Di Terengganu, mangsa banjir malam ini bertambah kepada seramai 17,762 orang yang berlindung di 206 PPS berbanding 14,111 orang petang tadi, dengan Besut mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 7,263 orang di 81 PPS.

Di daerah Hulu Terengganu pula, seramai 3,837 mangsa ditempatkan di 45 PPS, Setiu (3,957 mangsa, 41 PPS), Kemaman (1,462 mangsa,18 PPS), Dungun (639 mangsa, 12 PPS), Marang (557 mangsa, lapan PPS) dan Kuala Nerus (47 mangsa, sebuah PPS).

Di Kedah, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata Kota Setar merupakan daerah terbaru dilanda banjir, menyaksikan sebuah PPS dibuka, namun jumlah mangsa terlibat sedang dimuktamadkan.

Bagaimanapun, jumlah mangsa yang direkodkan malam ini meningkat 2,210 orang berbanding 1,849 orang petang tadi, dengan paling ramai terkesan berada di Kubang Pasu iaitu 1,166 orang di 11 PPS, diikuti Padang Terap (800 orang, sembilan PPS); Pokok Sena (185 orang, dua PPS) dan Sik (59 orang, dua PPS)

Pertambahan mangsa banjir juga direkodkan di Perlis dengan Pengarah APM negeri, Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud memaklumkan empat PPS yang beroperasi menempatkan 415 mangsa malam ini, berbanding 383 orang pada petang tadi.

Seramai 146 orang berlindung di PPS SK Arau, 73 mangsa di PPS SK Guar Nangka manakala PPS SK Titi Tinggi di Padang Besar menempatkan 132 mangsa dan 64 lagi mangsa di PPS Dewan Warisan, Kangar.

Jumlah mangsa di Perak tidak berubah dengan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) memaklumkan 20 mangsa daripada tujuh keluarga masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Parit Aman di Kerian.

Di Johor, Pengerusi Sekretariat JPBN Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan PPS Balai Raya Batu Badak, Segamat ditutup selepas 28 mangsa daripada lapan keluarga di situ dibenarkan pulang pada 6 petang tadi, menandakan banjir yang berlaku sejak 23 November lepas pulih.-BERNAMA

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search