OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Penghuni PPS di Sarawak mula menurun

Penghuni PPS di Sarawak mula menurun

KUCHING: Jumlah penduduk yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak mula menunjukkan penurunan.

Sehingga jam 5 petang ini, seramai 12, 862 daripada 3,771 keluarga masih berada di 65 PPS di seluruh negeri.

Jumlah itu menyusut 259 orang berbanding 13,121 orang yang direkodkan pada jam 12 tengah hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 12,656 orang adalah mangsa banjir dan jumlah itu menurun berbanding 12, 914.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), cuaca agak baik di kebanyakan kawasan di Sarawak hari ini, membolehkan penduduk mula balik ke rumah masing-masing.

Sementara itu, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia pada jam 4 petang ini meramalkan ribut petir dan hujan lebat berlaku di beberapa bahagian di Sarawak sehingga jam 9 malam ini.

Kawasan terbabit ialah Sibu Selangau), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang manakala bahagian lain diramal cuaca baik.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search