OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jambatan runtuh di Paya Jaras belum dibina semula

Jambatan runtuh di Paya Jaras belum dibina semula

SUNGAI BULOH: Jambatan di Jalan Gajah 16, Paya Jaras di sini, yang runtuh akibat hujan lebat Ogos lalu, masih belum dibina semula.

Keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan laluan sempit di Jalan Gajah 23 sebagai jalan alternatif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Dr Abdul Halim Tamuri, berkata jambatan baharu belum dibina kerana sedang menunggu peruntukan tambahan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Kejadian ini berlaku kira-kira jam 6 petang 8 Ogos lalu, namun masih belum ada pembaikan dibuat.

"Sebagaimana saya tengok (semalam), saya jangka ia sedang menunggu peruntukan tambahan daripada JKR.

 

"Saya berharap pihak kerajaan dapat menyegerakan peruntukan kepada JKR Daerah Petaling dan pembinaan semula jambatan ini dipercepatkan demi keselamatan serta kemudahan penduduk," katanya kepada BH selepas melakukan tinjauan di jambatan itu, semalam.

Bencana itu diajukan dan dalam perhatian serta tindakan pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling, Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak yang terbabit sejak 8 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Abdul Halim turut menggesa pembinaan jambatan bailey sementara bagi kemudahan penduduk tempatan serta memberi peringatan kepada penduduk untuk menggunakan laluan alternatif dengan cermat dan selamat.

"Kawasan laluan alternatif adalah laluan di kawasan perumahan yang padat, penduduk perlu lebih berhati-hati," katanya.

Selain itu, Abdul Halim berkata, pihaknya juga mengambil inisiatif jangka panjang untuk menaik taraf infrastruktur di kawasan itu bagi mengelakkan kejadian berulang.

"Sekarang ada projek tebatan banjir Sungai Subang di mana terdapat dua jambatan yang sepatutnya dibina," katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search