OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

TINJAUAN KE LOKASI KEJADIAN MANGSA TANAH JERLUS DI JALAN MASJID INDIA | 27 Ogos 2024 | Kuala Lumpur
 
YBrs. En Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA bersama YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA dan Pegawai Seksyen Pelaksanaan Operasi telah meninjau ke lokasi sinkhole di Jalan Masjid India serta lokasi mencari dan menyelamat (SAR) di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam. Turut hadir semasa tinjauan ialah YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi di Loji IWK Pantai Dalam.
Previous Next

PEMANTAUAN KE LOKASI BANJIR DI SLIM RIVER | 26 Ogos 2024 | Slim River
 
YBrs. En. Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA bersama Pegawai Seksyen Pelaksanaan Operasi telah hadir untuk memantau keadaan terkini lokasi yang terjejas akibat banjir di Slim River tempoh hari.
 
Kawasan dilawati adalah Jambatan Utama Slim Village, Jambatan Kampung Pasir dan kawasan-kawasan sekitar yang telah terjejas akibat kepala air. Beliau juga turut melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Jamek Kampung Pasir yang menempatkan 108 orang mangsa. Turut hadir dalam pemantauan ini ialah En Anis Zaihasmy, Ketua Penolong Pegawai Daerah Muallim.
Previous Next

PROGRAM LATIH AMAL (TABLE TOP EXERCISE) BENCANA EMPANGAN (EMPANGAN BATU DAN KLANG GATES) TAHUN 2024 | 21 hingga 23 Ogos 2024 | HOTEL SCAPES GENTING HIGHLANDS
 
Program latih amal bencana empangan ini dilaksanakan bagi memperkemaskan komunikasi, kerjasama dan koordinasi antara jabatan, agensi dan badan korporat. Ia juga termasuk pihak berkuasa tempatan pemegang taruh pengurusan bencana di Lembah Klang lantaran ianya merupakan latih amal bencana yang memfokuskan kepada risiko keberbahayaan yang boleh memberi kesan atau menjejaskan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
Majlis Perasmian Program Latih Amal Bencana Empangan Tahun 2024 ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan Majlis Penutupan Program Latih Amal Bencana ini telah disempurnakan oleh YBrs. En Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA.
 
Program ini juga turut dihadiri oleh YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, En. Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, YDH Dato’ Timbalan Ketua Polis Selangor, En. Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA, PgKB I Mohd Khairul bin Jamil, Komander SMART, Pn. Nor Faeza binti Sabari, Ketua Unit Komunikasi Korporat NADMA, Master of Trainer (MOT) Incident Command System (ICS) dan beberapa pegawai kanan NADMA yang lain.
Previous Next

9th ASEAN Strategic Policy Dialogue on Disaster Management (SPDDM) | 23 Ogos 2024 | Marriot Tang Plaza Hotel, Singapore
 
SPDDM merupakan program tahunan ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) yang dianjurkan bersama oleh Singapore Civil Defence Force (SCDF), Sekretariat ASEAN dan ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on disaster management (AHA Centre).
 
SPDDM juga telah menarik minat penyertaan pelbagai organisasi serantau dan antarabangsa khususnya sektor Humanitarian Assistance & Disaster Relief (HADR) dalam membincangkan dan berkongsi pengalaman mengenai isu dan cabaran semasa. Seramai lebih 180 penyertaan pada edisi kali ini.
 
Tema SPDDM 2024 adalah “It Takes a Village: Inclusive Approaches to Enhance Disaster Resilience” yang mana antara lain ke arah matlamat pengurusan bencana yang berkesan dan berdaya tahan memerlukan kerjasama serta penyertaan aktif dari pelbagai pihak-pihak berkepentingan tidak kira peringkat dan latar belakang.
 
NADMA menghantar penyertaan seramai 2 orang yang diketuai oleh YBrs. En Zamakhshari bin Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan En. Readwan Jalil bin Salim.
Previous Next

22 Ogos 2024 - Telah berlangsung satu Sesi Perbincangan dan Lawatan Kerja Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PL PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ulu Kinta, Perak Ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) yang bertempat di Bilik Operasi, NDCC.
 
Sesi taklimat ini disertai oleh 42 orang pegawai dan anggota dari Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PL PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ulu Kinta, Perak yang diketuai oleh Insp. Mohd Nor Azman bin Hj Hussin, Jurulatih Kursus Pengendalian Bilik Gerakan (PRP) Siri 1/2024.
 
Sesi lawatan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan para peserta kursus mengenai fungsi dan operasi NDCC dalam pengurusan bencana dan menjalinkan hubungan kerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search