Program Psychological First Aid (PFA) Bagi Anggota Barisan Hadapan KKM Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 Ogos 2024 - Telah berlangsung Program Psychological First Aid (PFA) Bagi Anggota Barisan Hadapan KKM Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 anjuran Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor pada 21 hingga 23 Ogos 2024 di Swan Garden Hotel, Melaka.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan anggota kesihatan tentang Psychological First Aid (PFA) serta memantapkan kemahiran anggota kesihatan dalam menyampaikan Psychological First Aid (PFA) kepada mangsa bencana.
Dr Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA dijemput untuk memberi ceramah bertajuk Mental Health And Psychological Support During Disaster Response.
Sesi Perbincangan dan Lawatan Kerja Pegawai Baharu Pusat Ramalan & Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS) ke NDCC
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
21 Ogos 2024 - Telah berlangsung satu Sesi Perbincangan dan Lawatan Kerja Pegawai Baharu Pusat Ramalan & Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS) ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) yang bertempat di Bilik Operasi, NDCC.
Sesi taklimat ini disertai oleh 28 orang pegawai dari Pusat Ramalan & Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS) yang diketuai oleh Ir. Dr. Salwa binti Ramly, Timbalan Pengarah (Operasi), Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Sesi lawatan ini diadakan bertujuan untuk membina jalinan kerjasama antara PRABN dan NDCC dalam membuat hebahan amaran banjir.
Sesi Taklimat Sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) kepada Jabatan Audit Negara (JAN)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
19 Ogos 2024 - Telah berlangsung satu Sesi Taklimat Sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) kepada Jabatan Audit Negara (JAN) bertempat di Bilik Mesyuarat Oval, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
Taklimat ini diadakan bagi membolehkan Pasukan Audit dari Jabatan Audit Negara mendapatkan maklumat lanjut yang diperlukan. Selain itu, sesi taklimat ini telah disertai oleh 9 orang pegawai dari Jabatan Audit Negara (JAN) yang diketuai oleh YBrs. Y Hamdan bin Mohd Dom, Pengarah Audit Prestasi I, Sektor Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara.
Sesi Taklimat dan Lawatan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pemantauan Projek Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 Ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
19 Ogos 2024 - Telah berlangsung sesi taklimat dan lawatan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pemantauan Projek Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan, selain menjadi platform perkongsian dan perbincangan isu-isu berkaitan pengurusan bencana serta ’best practices’ dalam pengurusan bencana yang diamalkan di NADMA.
Taklimat berkenaan pengoperasian NDCC dan sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) dalam pengurusan bencana disampaikan oleh En. Nazaruddin bin Shaarai, Pengarah NDCC.
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) KE ATAS KETUA PENGARAH JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 19 Ogos 2024 | Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan berkenaan kerjasama antara NADMA dan JUPEM dalam Pengurusan Bencana selain mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan.
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh En. Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC); Brig. Jen. Dato' Pahlawan Sr Dr Mohd Zambri Bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan; Kol. Norazlin Binti Pamuji, Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan dan Lt Muhammad Hafidzuddin Bin Mohd Norzalan, Penolong Pengarah Seksyen Perkhidmatan Geo-Dataraya.