OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

KUNJUNG HORMAT NADMA KE MEDIA PRIMA | 9 SEPTEMBER 2024 | MEDIA PRIMA, BALAI BERITA BANGSAR
 
Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan oleh Pengurusan Tertinggi NADMA di Media Prima. Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah sebagai langkah untuk mengukuhkan kerjasama erat antara pihak kerajaan dengan pihak media. Seramai 12 orang delegasi dari NADMA yang hadir diketuai oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah; Encik Zamakhshari bin Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar); Encik Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi); YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi; Puan Nor Faeza binti Sabari, Ketua Unit Komunikasi Korporat; PgKB Tuan Mohd Khairul bin Jamil, Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART); Encik Mohamed Azriza bin Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pentadbiran & Sumber Manusia dan Puan Zurriyati binti Ya’kub, Ketua Penolong Pengarah Seksyen ICT.
 
Pengurusan Tertinggi NADMA telah diberikan taklimat ringkas oleh YBrs. Encik Rafiq bin Razali, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad. Diharapkan kerjasama erat di antara pihak NADMA dengan Media Prima dapat membantu menyebarluaskan lagi usaha NADMA dalam menyampaikan informasi kepada rakyat dan membuat persediaan awal ketika berlaku sesuatu bencana. Pemakluman hebahan daripada pihak Media Prima melalui pelbagai medium dapat membantu rakyat untuk sentiasa siapsiaga dalam menghadapi bencana sekaligus dapat mengurangkan risiko kemalangan jiwa. Ini juga dapat memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang strategik dalam mengendalikan sesuatu bencana yang berlaku.
Previous Next

5 September 2024 - Telah berlangsung 2nd Project Steering Committee of the AHA Centre Executive Leadership in Emergency and Disaster Management for ASEAN Programme (PSC ACE-LEDMP) 2023-2025 dan 8th Meeting of ACDM Working Group on Global Leadership (WG GL) di TTC Hotel, Da Lat, Viet Nam. Mesyuarat ini dianjurkan secara bersama oleh AHA Centre dan Vietnam Disaster and Dyke Management Authority (VDDMA).
 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh En. Muhammad Ridzuan bin Zawawi, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA selaku ketua delegasi ACDM Malaysia dan Cik Nurul ‘Ain Nabilah binti Azmal, Penolong Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA. Turut hadir ke mesyuarat ini bagi slot “ICT Advisory Group on Disaster Management” ialah En.Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Puan Zurriyati binti Ya’kub, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat NADMA, selaku ahli Jawatankuasa tersebut.
 
Mesyuarat PSC ACE-LEDMP diadakan bertujuan untuk memaklumkan penambahbaikan yang sedang dalam tindakan AHA Centre bagi pelaksanaan ACE-LEDMP berdasarkan maklum balas peserta dan ahli mesyuarat semasa 7th Meeting of ACDM WG GL.
Previous Next

BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PENYEDIAAN DOKUMEN MEKANISME INSPEKTORAT PENGURUSAN OPERASI BENCANA NADMA TAHUN 2024 | 3 hingga 6 September 2024 | HOTEL EXCELSIOR IPOH, PERAK
 
Amanat Pengurusan Tertinggi NADMA telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA untuk perhatian para peserta, urus setia dan penceramah yang merupakan tenaga pakar yang diundang khas daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).
 
Bengkel ini telah disertai oleh 22 orang warga NADMA daripada setiap seksyen dan 3 orang jemputan khas daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Selain itu, YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi dan Tuan Ir Hanizan bin Deraman, Pengarah Seksyen Mitigasi juga turut hadir dalam memberikan komitmen sepanjang bengkel berlangsung.
Previous Next

6 September 2024 - Telah berlangsung The 1st Meeting of ICT Advisory Group on Disaster Management yang dianjurkan oleh AHA Centre, Jakarta, Indonesia. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua wakil negara-negara ASEAN yang objektif utamanya adalah membincang dan memanfaatkan penggunaan ICT dalam pengurusan bencana.
 
Wakil NADMA ialah En. Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Puan Zurriyati binti Ya’kub, Ketua Penolong Pengarah Seksyen ICT. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh negara Brunei dan dibantu oleh negara Singapura selaku timbalan pengerusi.
 
Mesyuarat diadakan dalam dua (2) sesi iaitu sesi pertama melibatkan pembentangan oleh pihak AHA Centre berhubung inisiatif-inisiatif ICT yang telah dan akan dilaksanakan bagi memperkasakan penggunaan ICT khususnya di bawah ICT Roadmap on Disaster Management for 2025 and Beyond.
 
Sesi kedua pula melibatkan pembentangan oleh pihak perunding AHA Centre berhubung pelaksanaan AHA Centre’s Grant and Partnership Management System (ATLAS) dan Establishing Supply Chain Management System for Emergency Response.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search