Bengkel Pembangunan dan Penyediaan Dokumen Mekanisme Inspektorat Pengurusan Operasi Bencana NADMA Tahun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PENYEDIAAN DOKUMEN MEKANISME INSPEKTORAT PENGURUSAN OPERASI BENCANA NADMA TAHUN 2024 | 3 hingga 6 September 2024 | HOTEL EXCELSIOR IPOH, PERAK
Amanat Pengurusan Tertinggi NADMA telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA untuk perhatian para peserta, urus setia dan penceramah yang merupakan tenaga pakar yang diundang khas daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Bengkel ini telah disertai oleh 22 orang warga NADMA daripada setiap seksyen dan 3 orang jemputan khas daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Selain itu, YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi dan Tuan Ir Hanizan bin Deraman, Pengarah Seksyen Mitigasi juga turut hadir dalam memberikan komitmen sepanjang bengkel berlangsung.