OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

27 September 2024 - Telah berlangsungnya sesi temubual eksklusif bersama YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA di konti radio Nasional FM bersama DJ Lynn Zainol. Sesi temubual eksklusif ini membincangkan mengenai topik Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Timur Laut. Turut hadir bersama adalah YBhg. Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA dan Puan Nor Faeza binti Sabari, Ketua Unit Komunikasi Korporat NADMA.

Previous Next

PROGRAM KESIAPSIAGAAN DAN LATIHAN TABLETOP KECEMASAN RADIOLOGIKAL PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2024 | 24 SEPTEMBER 2024 | MENARA PKNS, PETALING JAYA, SELANGOR
 
Kursus ini anjuran Unit Kawalsedia Radiasi Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Kursus ini bertujuan untuk memberi latihan berkenaan peranan, tanggungjawab dan respon anggota perubatan yang terlibat dalam menangani kejadian kecemasan radiologikal di peringkat hospital dan daerah negeri Selangor. Pihak penganjur telah menjemput wakil NADMA iaitu Dr Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Pengenalan kepada Arahan Majlis Keselamatan No. 20 (MKN 20)".
Previous Next

YAB PERDANA MENTERI MELAWAT MANGSA BANJIR DI PUSAT PERMINDAHAN SEMENTARA (PPS) NEGERI KEDAH | 21 September 2024
 
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah membuat lawatan ke Negeri Kedah untuk meninjau keadaan banjir dan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa PPS di negeri tersebut. YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA turut hadir bersama.
 
YAB Perdana Menteri diberi taklimat berkenaan situasi terkini banjir dan membuat tinjauan di 3 PPS iaitu Stadium Sultan Abdul Halim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.
 
Kejadian banjir di Kedah kali ini melibatkan 6 buah daerah iaitu Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang, Kuala Muda dan Bandar Baharu.
Previous Next

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sistem Pengangkutan Pintar (JPITS) di Malaysia bil. 2/2024 | 20 September 2024 | Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. NADMA selaku peneraju Technical Working Group 6 (TWG6) yang membangunkan inisiatif Pengurusan Bencana dalam Sistem Pengangkutan Pintar telah berbesar hati menjemput semua ahli mesyuarat untuk melawat NDCC sebagai kesinambungan kepada pembentangan laporan akhir inisiatif ini selain berkongsi berkenaan prosedur pengurusan bencana sediada.
Previous Next

JOINT COMBINED EXERCISE THAILAND – MALAYSIA SIRI KE – 4 TAHUN 2024 (JCEX THAMAL 4/2024) | 15 hingga 17 September 2024 | Hotel Kantary 304, Prachinburi Province
 
Latihan Staff Exercise (STAFFEX) JCEX THAMAL SIRI 4/2024 telah melibatkan 43 peserta daripada Angakatan Tentera Malaysia (ATM), seorang pegawai Kastam dan turut disertai oleh 2 pegawai NADMA iaitu YDH DCP Dato Mazli bin Mazlan, Pengarah Pelaksanaan Operasi dan Mej Wazirudin bin Mahfot @ Mahbott, Ketua Penolong Pengarah Penyelarasan Operasi. Latihan ini berkisarkan bagaimana pihak Malaysia merancang dalam mengaturgerakkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan ATM dalam misi bantuan kemanusiaan bagi membantu pihak Thailand di kawasan yang terlibat bencana.
 
Latihan Field Training Exercise (FTX) pula dilaksanakan di The Disaster Relief Training Center (DRTC), Chachoengsao Province melibatkan 57 peserta daripada ATM serta 16 orang pegawai dan anggota dari pasukan SMART. Pasukan SMART bersama anggota ATM serta pasukan penyelamat Thailand berkolaborasi dalam latihan menyelamat mangsa yang terlibat dalam kejadian kawasan tanah runtuh, bencana di air, fire drill, CBRNE dan runtuhan bangunan.
 
Acara penutup telah diadakan pada 19 September 2024 di DRTC yang disempurnakan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat mewakili Malaysia dan Deputy Chief of Joint Staff The Royal Thai Armed Forces mewakili Thailand. Turut hadir adalah wakil pemerhati dari Negara ASEAN serta Amerika Syarikat, Australia, China, Japan, India, Korea Selatan, New Zealand dan Rusia.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search