OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

6 Ogos 2024 - Telah berlangsung satu sesi lawatan dari pihak Project Management Office (PMO) Sistem Maklumat Pusat Kawalan Penyakit Negara (eNCDC), Bahagian Kawalan Penyakit (BKP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). Sesi ini adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai keperluan projek eNCDC dalam melakukan integrasi dengan sistem NADMA dalam pengurusan bencana dan krisis kesihatan awam.

Previous Next

FINAL PLANNING CONFERENCE (FPC) JOINT COMBINED EXERCISE THAILAND – MALAYSIA SIRI KE – 4 TAHUN 2024 (JCEX THAMAL 4/2024) | 30 Julai hingga 1 Ogos 2024 | Hotel Kantary 304, Thailand
 
FPC JCEX THAMAL telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan JCEX THAMAL 4/2024. FPC telah dipecahkan kepada tiga (3) Working Group (WG) iaitu Planning WG, STAFFEX WG dan FTX WG. FPC JCEX THAMAL ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Rear Admiral Surasak Pratanvorapanya (Deputy Director of the Center for the Protection of NationalInterests Region 2) dan Col Ismail bin Mohamed (Director of J7-Exercise, Joint Forces Headquarters MAF).
 
FPC JCEX THAMAL ini bertujuan bagi memuktamadkan perancangan latihan yang akan dilaksanakan pada 12 hingga 20 September 2024 serta tinjauan akhir ke kawasan latihan. Seramai 10 delegasi Malaysia yang terlibat dalam FPC JCEX THAMAL yang turut dihadiri oleh PgKB I Mohd Khairul bin Jamil, Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Mej. Wazirudin bin Mahfot @ Mahbott, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA.
 
Previous Next

SESI LIBAT URUS NADMA BERSAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2024: MESYUARAT PENYELARASAN PERUNTUKAN BENCANA NADMA DAN SISTEM DGIM
KUANTAN | 31 JULAI 2024

Telah berlangsung Sesi Libat Urus NADMA Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Bencana NADMA dan Sistem DGIM yang bertujuan untuk:

(i) Mengenal pasti dan mendapatkan maklum balas mengenai garis panduan tatacara pemberian BWI dan garis panduan tatacara perbelanjaan peruntukan pengoperasian bencana MTL yang telah diperkenalkan semasa sesi jerayawara tahun 2023 bagi persediaan MTL 2023/2024;

(ii) Memantau peruntukan bantuan bencana dan pengurusan pengoperasian bencana MTL 2023/2024 serta lain-lain perbelanjaan di bawah NADMA;

(iii) Memberi penjelasan mengenai permohonan senarai penerima bantuan bencana untuk dikemaskini dalam Sistem e-Pasca di bawah NADMA;

(iv) Mendapatkan status perbelanjaan pembaikan dan naik taraf PPS dan pembinaan PPKB

(v) Mendapatkan senarai NGO yang telah berdaftar di bawah Rakan NADMA di setiap negeri; dan

(vi) Memperkenalkan Sistem DGIM bagi tujuan pelaporan perbelanjaan bantuan bencana dan pengurusan pengoperasian MTL 2023/2024 secara bulanan, pelaporan profil daerah dan negeri, pelaporan pergerakan NGO di lapangan.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search