Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-3 antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Brunei Darussalam
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-3 antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Brunei Darussalam | 2 hingga 5 Julai 2024 | Pulau Pinang
YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan YM Kol. (B) Muhd Harrith Rashidi bin Haji Muhd Jamin, Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) Brunei Darussalam telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-3 di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Brunei Darussalam Mengenai Kerjasama Dalam Bidang Pengurusan Bencana.
Di pihak Malaysia, mesyuarat ini turut dihadiri oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penasihat Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (PUU JPM), Jabatan Premier Sarawak dan Unit Pengurusan Bencana (UPB), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Mesyuarat dua hala pada kali ini antara lain telah membincangkan lebih lanjut penubuhan jawatankuasa kerja pengurusan bencana (Disaster Management Working Group – DMWG) di bawah MOU sedia ada yang bertujuan antara lain sebagai mekanisme bagi memudah cara gerak kerja rentas sempadan Malaysia-Brunei Darussalam ketika berlakunya bencana untuk membolehkan bantuan disegerakan serta meneliti kesesuaian platform pelaporan pelaksanaannya ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, turut diadakan sesi lawatan ke Bilik Pemantauan Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang bagi mendengar taklimat pengurusan bencana yang disampaikan oleh Puan Ambika Devi a/p Daran, Ketua Unit UPB, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sesi Kunjungan Hormat oleh Ketua Jabatan Keselamatan & Pentadbiran ke atas Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
28 Jun 2024 - Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat oleh Encik Hamdan Abd Rahman, Ketua Jabatan Keselamatan & Pentadbiran dan delegasi daripada Sapura Energy ke atas YBrs. En Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA di Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya. Turut hadir YBrs. En Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan, En Muhammad Ridzuan bin Zawawi, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi dan En Rosli bin Shaari, Seksyen Penyelarasan Operasi.
Sesi Kunjungan Hormat oleh Duta Besar Persekutuan Rusia ke atas Ketua Pengarah NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
28 Jun 2024 - Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat oleh TYT Naiyl M. Latypov, Duta Besar Persekutuan Rusia ke atas YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA di Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya. Turut hadir YBrs. En Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA, YBrs. En Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan, En Muhammad Ridzuan bin Zawawi, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi , Pn Nor Faeza binti Sabari, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan PgKB Mohd Khairul bin Jamil, Komander SMART.
Latih Amal Pengurusan Bencana Songkhla/ Kedah di Vista Hotel Sadao, Thailand
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
LATIH AMAL PENGURUSAN BENCANA SONGKHLA/ KEDAH | 27 Jun 2024 | VISTA HOTEL SADAO, THAILAND
Konsep Latih Amal ini diadakan secara TTX. Senario adalah mengenai kebocoran gas berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dengan melibatkan elemen lintas sempadan bagi memberi bantuan aset menyelamat Malaysia ke Thailand. Seterusnya, para peserta dibawa melawat ke kawasan saluran paip gas TTM yang terletak selari dan merentas sempadan Thailand-Malaysia. Seramai 60 peserta terdiri daripada kakitangan Petronas TTM (M) dan TTM (T) Ltd serta wakil-wakil agensi penyelamat dari Thailand (Daerah Songkhla) dan Malaysia (Kedah).
KUNJUNGAN HORMAT MJC DMWG KE ATAS CHIEF OF TMBCO DI KEM SENANARONG | 26 Jun 2024 | SONGKHLA, THAILAND
Kunjungan hormat ini diadakan bersempena dengan Latih Amal Pengurusan Bencana Songkhla/Kedah yang telah diadakan pada 27 Jun 2024 di The Vista Hotel, Sadao, Thailand. Tujuan lawatan adalah bagi merapatkan hubungan baik dengan TMBCO yang banyak membantu dalam keurusetiaan terutama melibatkan aktiviti DMWG. Seramai 11 orang delegasi daripada Malaysia telah hadir yang di ketuai oleh YBrs. En Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA merangkap Pengerusi Bersama DMWG.