Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-3 antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Brunei Darussalam
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-3 antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Brunei Darussalam | 2 hingga 5 Julai 2024 | Pulau Pinang
YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan YM Kol. (B) Muhd Harrith Rashidi bin Haji Muhd Jamin, Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) Brunei Darussalam telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-3 di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Brunei Darussalam Mengenai Kerjasama Dalam Bidang Pengurusan Bencana.
Di pihak Malaysia, mesyuarat ini turut dihadiri oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penasihat Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (PUU JPM), Jabatan Premier Sarawak dan Unit Pengurusan Bencana (UPB), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Mesyuarat dua hala pada kali ini antara lain telah membincangkan lebih lanjut penubuhan jawatankuasa kerja pengurusan bencana (Disaster Management Working Group – DMWG) di bawah MOU sedia ada yang bertujuan antara lain sebagai mekanisme bagi memudah cara gerak kerja rentas sempadan Malaysia-Brunei Darussalam ketika berlakunya bencana untuk membolehkan bantuan disegerakan serta meneliti kesesuaian platform pelaporan pelaksanaannya ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, turut diadakan sesi lawatan ke Bilik Pemantauan Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang bagi mendengar taklimat pengurusan bencana yang disampaikan oleh Puan Ambika Devi a/p Daran, Ketua Unit UPB, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.