Penyertaan ke Mesyuarat Ke-45 Asean Committee on Disaster Management (ACDM)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PENYERTAAN KE MESYUARAT KE-45 ASEAN COMMITTEE ON DISASTER MANAGEMENT (ACDM), MESYUARAT KE-21 GOVERNING BOARD OF AHA CENTRE, MESYUARAT KE-6 ASEAN DISASTER RESILIENCE PLATFORM (ADRP) DAN PERJUMPAAN DUA HALA BERSAMA KETUA DELEGASI JEPUN DAN KETUA DELEGASI REPUBLIK KOREA | 21 & 22 OKTOBER 2024 | BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Agensi Pengurusan Bencana di negara anggota ASEAN selaku ahli ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM). Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan diiringi oleh En. Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan serta En. Aiman Na’im Bin Muhammad Razif, Penolong Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan.
Malaysia memainkan peranan yang aktif melalui perjanjian ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) dan antara pendokong setiap aktiviti di bawah naungan Program Kerja AADMER selaku pengerusi bersama bagi ACDM Working Group on Preparedness, Response and Recovery (WG on PRR).
YBhg. Datuk Ketua Pengarah NADMA juga telah mengadakan pertemuan bilateral dengan wakil daripada Kerajaan Jepun dan Korea Selatan mengenai peluang kerjasama yang lebih rapi dengan negara-negara berkenaan di dalam pengurusan bencana.
INTERNATIONAL RESCUE CHALLENGE (IRC) 2024 | PAKISTAN
Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah mewakili Malaysia dalam International Rescue Challenge (IRC) sempena Asia Pacific Earthquake Exercise 2024 bagi menguji kebolehan dan kepakaran pasukan-pasukan penyelamat di Asia.
Pasukan SMART telah mewakilkan seramai 8 orang peserta yang diketuai oleh Inspektor Muhamad Zul Khairi sebagai ketua pasukan. Pasukan SMART telah berjaya merangkul tempat kedua dalam acara Height Rope Rescue serta kedudukan keseluruhan juga di tempat kedua daripada 9 negara yang bertanding. Syabas dan tahniah buat Pasukan SMART!
Latihan Tabletop Exercise (TTX) dan Field Training (FTX) Bencana Tanah Runtuh Negeri Sabah Tahun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
LATIHAN TABLETOP EXERCISE (TTX) DAN FIELD TRAINING (FTX) BENCANA TANAH RUNTUH NEGERI SABAH TAHUN 2024 | 22 hingga 25 OKTOBER 2024 | HOTEL PERKASA KUNDASANG, SABAH
Majlis perasmian Latihan Tabletop Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) Bencana Tanah Runtuh ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Meor Ismail Bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi. Turut hadir sama, DCP Datuk Mazli Bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi.
Latihan ini merupakan kolaborasi strategik antara Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah bersama-sama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Latihan ini melibatkan penyertaan seramai lebih 70 orang peserta daripada pelbagai agensi responden. Antara tujuan pelaksanaan latihan ini adalah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi-agensi serta badan sukarela yang terlibat dalam pengurusan bencana selain dapat menambah baik Prosedur Tetap Operasi (PTO) yang sedia ada.
AUS-02 INSARAG External Reclassification (IER) 2024 | 13 - 19 Oktober 2024 | Emergency Services Academy (ESA) Sydney, New South Wales (NSW), Australia.
Pasukan Malaysia telah diketuai oleh YBrs. Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA dan PgKB I Mohd Khairul bin Jamil, Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang hadir selaku Observers dan Exercise Controller (EXCON) bagi menjayakan program tersebut.
Penglibatan ini merupakan latihan pertama mentor IER MAS-01 2026 bersama Pasukan SMART yang mana memberi peluang tim EXCON melaksanakan tugas yang diberi bagi menjayakan IER AUS-02 bermula proses semakan dokumen sehingga tamat simulasi 36 jam. Observers diberi peluang melihat simulasi 36 jam dan dalam masa yang sama diberi perkongsian tentang proses sebelum dan semasa IER dilaksanakan secara keseluruhan.
Penyertaan ke Persidangan Peringkat Menteri Asia-Pasifik bagi Pengurangan Risiko Bencana
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PENYERTAAN KE PERSIDANGAN PERINGKAT MENTERI ASIA-PASIFIK BAGI PENGURANGAN RISIKO BENCANA | 13 hingga 19 OKTOBER 2024 | MANILA, FILIPINA
YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Menteri Asia-Pasifik bagi Pengurangan Risiko Bencana (Asia-Pacific Ministerial Conference on Disaster Risk Reduction – APMCDRR) ke-10 di Manila, Filipina. Penyertaan ke persidangan ini turut melibatkan wakil daripada NADMA iaitu YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan Puan Siti Mariam binti Abu, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Mitigasi.
YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan Kenyataan Negara antara lain menerangkan inisiatif, pelaksanaan, pencapaian dan cabaran negara dalam melaksanakan Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030. Beliau turut menyatakan kejayaan negara dalam menggubal Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 selain mengetengahkan peranan Malaysia dalam menentukan hala tuju dasar pengurangan risiko bencana di peringkat Asia-Pasifik. Malaysia juga telah terlibat dalam penganjuran Partner Event bersama Republik Rakyat China dan Republik Indonesia. Ketiga-tiga negara ini telah dipilih oleh United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR) selaku penganjur persidangan untuk berkongsi amalan terbaik dalam pengendalian risiko bencana.
YBhg. Ketua Pengarah NADMA juga turut terlibat dengan sesi kunjungan hormat dan perbincangan ke atas TYT Ferdinand R. Marcos, Jr., Presiden Republik Filipina, PYT Sara Z. Duterte, Naib Presiden Republik Filipina, Setiausaha Alam Sekitar dan Sumber Asli ,TYT Gilberto Teodoro, Jr., Setiausaha Pertahanan Republik Filipina dimana secara langsung telah membincangkan berkenaan dengan peluang dan ruang untuk bekerjasama di dalam aspek meningkatkan keupayaan (capacity building) melibatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan aplikasi teknologi dalam pengurusan bencana dengan lebih menyeluruh.
YBhg. Ketua Pengarah NADMA juga mengadakan sesi perbincangan bersama Ministry of Interior Disaster and Emergency Management Presidency, Republic of Turkey, National Disaster Reduction Centre of China dan negara New Zealand bagi menerokai peluang kerjasama baru, dan unik ke arah pengukuhan sistem pengurusan bencana di Malaysia dan seterusnya memeterai Memorandum Persefahaman dalam pengurusan bencana pada masa hadapan.