Latih Amal & Simulasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bagi Tahun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
LATIH AMAL & SIMULASI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) ANJURAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) BAGI TAHUN 2024 | 9 OKTOBER 2024 HINGGA 11 NOVEMBER 2024 | SELURUH NEGERI
Sedang berlangsung Latih Amal & Simulasi PPS yang dijalankan di setiap negeri dimana sebanyak 15 siri yang telah berlangsung dan mempunyai baki lagi 7 siri yang akan diselesaikan. Seksyen Pembangunan dan Komuniti Sosial NADMA telah ditugaskan untuk menyampaikan siri-siri taklimat berkaitan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan Pengurangan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) bersama petugas-petugas yang bertugas di PPS dan sukarelawan JKM dalam Program Latih Amal dan Simulasi Bencana di setiap Negeri ini. Seramai 1,500 peserta yang telah menyertai program ini. Semoga program ini akan dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada petugas-petugas semasa bertugas di lapangan nanti.
Majlis Penyerahan Aset Khemah TM Tactical Shelters Beserta Kelengkapan Kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
24 Oktober 2024 - Telah berlangsung majlis penyerahan aset khemah TM Tactical Shelters beserta kelengkapan kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor di Dataran SUK, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Penyerahan ini dibuat bagi tujuan kesiapsiagaan menghadapi bencana yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor.
Turut dihadiri wakil daripada NADMA ialah Encik Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah selesai membuat perolehan sebanyak tiga (3) buah khemah TM Tactical Shelters beserta kelengkapan sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi penyelarasan operasi yang lebih efektif dan efisien.
Latihan Field Training Exercise (FTX) Bencana Tanah Runtuh Negeri Sabah Tahun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
LATIHAN FIELD TRAINING EXERCISE (FTX) BENCANA TANAH RUNTUH NEGERI SABAH TAHUN 2024 | 24 OKTOBER 2024 | KUNDASANG, SABAH
Telah berlangsung Latihan Field Training Exercise (FTX) Bencana Tanah Runtuh di Kundasang, Sabah yang melibatkan penyertaan lebih daripada 300 peserta daripada pelbagai agensi tindak balas, teknikal, sokongan, bantuan dan pemulihan serta pihak media. Antara lokasi kejadian yang terlibat di dalam latihan FTX kali ini adalah SMK Kundasang, Dewan Masyarakat Ranau, Kampung Lembah Permai, serta kawasan Timpohon Kinabalu Park.
Secara keseluruhannya, latihan FTX Bencana Tanah Runtuh ini telah berjaya mencapai objektif termasuklah dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi-agensi serta badan sukarela yang terlibat dalam pengurusan bencana selain dapat menambah baik prosedur tetap operasi (PTO) yang sedia ada.
Latihan Tabletop Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) Bencana Tanah Runtuh Negeri Sabah Tahun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
LATIHAN TABLETOP EXERCISE (TTX) DAN FIELD TRAINING EXERCISE (FTX) BENCANA TANAH RUNTUH NEGERI SABAH TAHUN 2024 | 25 OKTOBER 2024 | HOTEL PERKASA KUNDASANG, SABAH
Telah berlangsung Majlis Penutupan Latihan Tabletop Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) Bencana Tanah Runtuh yang telah disempurnakan oleh Tuan Rizan Bin Abram, wakil Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan.
Turut hadir YBrs. En Meor Ismail Bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi NADMA, DCP Datuk Mazli Bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA serta Tuan Tinus bin Manggam, Pegawai Daerah Ranau.
European CBRN Centre of Excellence Project 98 Regional Kickoff Conference: Strengthening CBRN Medical Emergency Preparedness and Response in Southeast Asia, Kuala Lumpur
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
EUROPEAN CBRN CENTRE OF EXCELLENCE PROJECT 98 REGIONAL KICKOFF CONFERENCE: STRENGTHENING CBRN MEDICAL EMERGENCY PREPAREDNESS AND RESPONSE IN SOUTHEAST ASIA, KUALA LUMPUR | 22 HINGGA 24 OKTOBER 2024 | SHERATON IMPERIAL HOTEL, KUALA LUMPUR
Persidangan ini adalah inisiatif daripada The European Union Chemical, Biological, Radiological and Nuclear Risk Mitigation Centres of Excellence (EU CBRN CoE). Persidangan kali ini telah dihadiri oleh Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA.
Persidangan ini bertujuan untuk mengukuhkan kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan perubatan CBRN di negara-negara Asia Tenggara bagi meminimumkan kesan kesihatan selepas insiden, krisis dan bencana. Hasil persidangan ini seterusnya akan dijadikan sumber rujukan bagi pihak EU CBRN CoE dalam membangunkan dan melaksanakan projek tersebut berdasarkan keperluan negara-negara anggota.