OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

Persidangan dan Bengkel “Developing Policy Framework Capacity in the Field of Social Security After Natural Disasters (SECAND Project/2023-TURPOVER-205)” | 22 & 23 Oktober 2024 | Ankara, Turkiye
 
Persidangan dan bengkel ini merupakan kerjasama di bawah Committee for Economic and Commercial Cooperation (COMCEC) of the Organization of the Islamic Cooperation (OIC). Wakil dari NADMA yang telah hadir ialah Encik Mohd Faizal bin Ab. Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pembangunan dan Komuniti Sosial.
 
COMCEC merupakan organisasi di bawah OIC yang berpusat di Turkiye dan merupakan medium utama kerjasama ekonomi dan komersial pelbagai hala dunia Islam. COMCEC bertindak sebagai forum utama untuk membincangkan masalah pembangunan antara negara OIC seperti agenda pembasmian kemiskinan, keterjaminan makanan, kewangan dan perdagangan.
 
Persidangan dan bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 120 orang peserta dari pelbagai negara serta merupakan platform penting berkaitan pembinaan komuniti mapan pasca bencana. Perkongsian pengalaman bagi pihak Malaysia dalam sesi ini mengukuhkan peranan Malaysia sebagai ahli OIC dalam pengurusan bencana yang mapan merentasi topik-topik utama seperti COVID-19, Flood 2014, 2021, Post Disaster Rehabilitation, Built Back Better, Social Challenges and Disaster Insurance.
Previous Next

LATIHAN FIELD TRAINING EXERCISE (FTX) BENCANA TANAH RUNTUH NEGERI SABAH TAHUN 2024 | 24 OKTOBER 2024 | KUNDASANG, SABAH
 
Sedang berlangsung Latihan Field Training Exercise (FTX) Bencana Tanah Runtuh di Kundasang, Sabah yang melibatkan penyertaan lebih daripada 300 peserta daripada pelbagai agensi tindak balas, teknikal dan sokongan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sebagainya.
 
Antara tujuan pelaksanaan latihan ini adalah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi-agensi serta badan sukarela yang terlibat dalam pengurusan bencana selain dapat menambah baik prosedur tetap operasi (PTO) yang sedia ada.
Previous Next

PENYERTAAN KE MESYUARAT KE-8 ASEAN COMMITTEE ON DISASTER MANAGEMENT PLUS CHINA (ACDM PLUS CHINA), MESYUARAT KE-8 ASEAN COMMITTEE ON DISASTER MANAGEMENT PLUS JAPAN (ACDM PLUS JAPAN) DAN MESYUARAT KE-7 ASEAN COMMITTEE ON DISASTER MANAGEMENT PLUS REPUBLIC OF KOREA (ACDM PLUS ROK) | 23 OKTOBER 2024 | BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM
 
Mesyuarat ini merangkumi pelbagai kerjasama dan aktiviti yang melibatkan tiga (3) rakan ASEAN iaitu China, Jepun dan Republik Korea. Penyertaan aktif daripada Malaysia diteruskan dengan pembentangan oleh En. Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan berkenaan Projek DELSA Fasa ke-4 di bawah agenda ASEAN-Japan Work Plan on Disaster Management. Malaysia merupakan Pengerusi Bersama Project Steering Committee DELSA Phase IV di bawah Working Group on Preparedness, Response and Recovery.
Previous Next

PENGLIBATAN PEGAWAI NADMA DAN SMART DALAM INTERNATIONAL FIRE CONFERENCE & EXHIBITION MALAYSIA (IFCEM), MIREC & IFCAA JOINT DRILL 2024 | 21 hingga 24 OKTOBER 2024 | Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
 
Program anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malysia iaitu IFCEM, MIREC & IFCAA Joint Drill 2024 telah melibatkan seramai 3 orang pegawai dari NADMA dan SMART yang ditugaskan untuk turut sama bagi menjayakan program tersebut. Program ini disertai oleh peserta tempatan dan beberapa negara lain selaku pembentang, peserta pertandingan dan peserta persidangan. Program ini antara lainnya memberi manfaat kepada 1800 peserta persidangan dan peluang kerjasama antara peserta bagi peningkatan daya tahan bangunan, keselamatan kebakaran dan risiko bencana.
Previous Next

SESI PERBINCANGAN DAN LAWATAN KERJA PLUS MALAYSIA BERHAD (PLUS) KE PUSAT KAWALAN BENCANA NEGARA (NDCC) | 23 OKTOBER 2024
 
Telah berlangsung sesi perbincangan dan lawatan kerja yang disertai oleh 11 orang pegawai dari PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang diketuai oleh En. Mohd Yusuf Abdul Aziz, Pengurus Besar Kanan Operasi / Ketua Operasi PLUS. PLUS merupakan pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia dalam menguruskan dan menyelenggara rangkaian lebuh raya sepanjang lebih daripada 1100 kilometer.
 
Pihak NDCC dan PLUS telah membincangkan strategi-strategi yang boleh dilaksanakan bersama bagi memperkukuhkan sistem pengurusan bencana sedia ada, serta memastikan koordinasi yang lebih mantap semasa menghadapi situasi bencana. Sehubungan dengan itu, pihak PLUS mengharapkan sesi perbincangan dan lawatan ini dapat meningkatkan keupayaan PLUS dalam pengurusan kecemasan dan bencana.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search