OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

12 Jun 2023 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertindak sebagai penyelaras dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam, Pulau Pinang.
 
Pada hari ini, OPA dilaksanakan atas permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui penyelarasan antara NADMA, MET Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). Operasi buat kali kedua yang diteruskan sehingga 13 Jun 2023, menyasarkan kawasan sekitar Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam di Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada tindakan awal bagi mengatasi penyusutan air di kedua-dua empangan tersebut. Setakat 12 Jun 2023, di Empangan Air Itam peratus kapasiti air adalah sebanyak 48.6% dan di Empangan Teluk Bahang 44.4%.
 
OPA yang dijalankan ini adalah sebahagian usaha yang digembleng oleh pihak NADMA selaku agensi bencana pusat bersama agensi-agensi yang terlibat bagi menjamin sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan rejim cuaca yang dipengaruhi Monsun Barat Daya. Semoga usaha yang dilaksanakan dapat membantu memulihkan bekalan air yang terjejas dalam negara.
 
Previous Next

 Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bil 1 Tahun 2023 yang telah dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi. Antara isu yang ditekankan oleh YAB Tuan Pengerusi adalah situasi gelombang haba yang sedang melanda negara serta usaha pembenihan awan yang bertujuan untuk meningkatkan semula paras air yang dijangka akan surut dan memberi kesan terhadap beberapa sungai yang terjejas dalam negara.

Previous Next

Malaysian Meteorological Department (Met Malaysia) dengan kerjasama Tentera Udara Diraja (TUDM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam, Pulau Pinang.  Operasi tersebut akan dijalankan selama 4 hari bermula 2 sehingga 5 Mei 2023. Semoga usaha yang dilaksanakan dapat membantu memulihkan bekalan air yang terjejas dalam negara.

Previous Next

23 Mac 2023 - Sekitar Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-71 yang dirasmikan oleh YB Datuk Armiazan Mohd Ali selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) semalam. Bertepatan dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu; “Semarak Pertahanan Awam”, majlis yang diadakan ini diharap dapat memberi motivasi dan dorongan kepada warga APM untuk terus bersemangat dalam menggalas tanggungjawab selaku agensi yang berperanan memberikan kesedaran serta pendidikan kepada masyarakat berhubung agenda Pertahanan Awam Negara. Majlis turut melibatkan Penganugerahan Bintang dan Pingat Pertahanan Awam, Majlis Pemakaian Pangkat, Penyerahan Watikah Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu APM melibatkan seramai 96 orang. 

Previous Next

22 Mac 2023 - Lawatan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) ke Batu Pahat, Johor. Lawatan turut meliputi kawasan pengepaman air di Parit Jelutung.  YB Menteri juga telah berkesempatan meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Seri Teluk di samping menyantuni  5 buah rumah penduduk kampung yang terjejas akibat banjir di Kg. Parit Yaani. Tidak ketinggalan YB Menteri juga sempat beramah mesra bersama para petugas pasca banjir di daerah itu.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search