Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Ketua Pengarah NADMA.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan hormat Major General Bret D. Daugherty, Adjutant General Washington State National Guard (WANG) ke atas Ketua Pengarah NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
10 Mac 2023 - Kunjungan hormat Major General Bret D. Daugherty, Adjutant General Washington State National Guard (WANG) membincangkan peluang kerjasama dan kolaborasi pintar dalam pengurusan bencana terutama dalam aspek civil-military coordination dalam bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR), latihan mencari dan menyelamat (SAR) serta perancangan program anjuran bersama 2023-2028.
9 Mac 2023 ~ Lawatan kerja pada pagi ini adalah bertujuan untuk berkongsi secara dua hala antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengenai pengurusan krisis dan kesinambungan operasi bencana.
Majlis Penyerahan Kenderaan Nissan NAVARA 2.5 oleh MARDI Corps & Penyerahan Sijil Pengiktirafan "The Largest Integrated Quarantine & Treatment Center" oleh Malaysia Book of Record
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mac 2023 - Petang tadi telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Kenderaan Nissan NAVARA 2.5 oleh MARDi Corps & Penyerahan Sijil Pengiktirafan "The Largest Integrated Quarantine & Treatment Center" oleh Malaysia Book of Record bertempat di Markas SMART Pulau Meranti.
MARDICorp menyumpangkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda Nissan Navara kepada NADMA untuk kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana mendatang dan operasi bantuan pada masa akan datang. Penggunaan aset yang disumbangkan ini diharapkan juga dapat membantu dalam menghadapi misi-misi bantuan seperti misi bantuan banjir, saluran bantuan makanan ke kawasan pedalaman, menjalankan kerja-kerja kawasan terpencil yang tidak dapat diakses oleh kenderaan berat dan lain-lain lagi.
Upacara penyerahan kenderaan ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MARDICorp, Zaidi Shahrim kepada Ketua Pengarah NADMA, YBhg Datuk Khairul Shahril Bin Idrus di Ibu Pejabat SMART.
Lawatan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Khas (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
4 Mac 2023 - Hari ini, YB Datuk Armizan Mohd Ali telah berkesempatan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) IKTBN Pagoh, PS Dewan Serbaguna Pagoh serta Pusat Kawalan Operasi Daerah Muar. Setakat ini, daerah Segamat di Johor adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan merekodkan sebanyak 13,358 mangsa daripada 3,921 keluarga vang ditempatkan di 77 PPS. Secara keseluruhan, jumlah mangsa banjir di Johor melibatkan 9 daerah iaitu Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Pontian, Segamat dan Tangkak adalah seramai 37,198 orang daripada 10,746 keluarga yang berada di 238 PPS.