OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

11 Julai 2023 - Bengkel Semakan Peraturan Tetap Operasi (PTO) Pengendalian Bencana Gempa Bumi di Sabah yang dijalankan pada 10 hingga 14 Julai 2023 yang bertempat di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan utama bengkel semakan ini adalah untuk mengemaskini PTO tersebut berdasarkan maklumbalas daripada agensi-agensi yang berkaitan. 

Previous Next

11 Julai 2023 - Bengkel Semakan Peraturan Tetap Operasi (PTO) Pengendalian Bencana Gempa Bumi di Sabah yang dijalankan pada 10 hingga 14 Julai 2023 yang bertempat di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah. Tujuan utama bengkel semakan ini adalah untuk mengemaskini PTO tersebut berdasarkan maklumbalas daripada agensi-agensi yang berkaitan.

Bengkel tersebut dirasmikan oleh Ybrs. En. Meor Ismail Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Nadma.

Previous Next

10 Julai 2023- Program Civil Defence Beach Lifeguard Challenge (CDLC) 2023, Peringkat Kebangsaan bertempat di Pantai Batu 5, Port Dickson.

Program ini bertujuan mengenal pasti tahap kemahiran dan kecergasan serta semangat berpasukan dalam kalangan anggota penyelamat pantai APM dan memperkasakan prosedur dan tanggungjawab petugas penyelamat pantai supaya setaraf professional.

YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) bersama YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) hadir bersama dalam ujian ini.

YBrs. En. Meor Ismail Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, mewakili NADMA telah menyampaikan 2 buah boat kepada wakil SUK.

 

Previous Next

4 Julai 2023 - YBhg. Datuk KP NADMA mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-2 di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Brunei Darussalam Mengenai Kerjasama dalam Bidang Pengurusan Bencana bertempat di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Antara persetujuan yang telah disepakati di dalam mesyuarat tersebut adalah supaya pelaksanaan Latihan Bersama (Joint Exercise) - Table Top Exercise (TTX) antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Negara Brunei Darussalam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diadakan pada 4 Okt 2023 dan After Action Review (AAR) pada 5 Okt 2023. Selain itu,  Penilaian awal (Scoping) oleh SMART NADMA bagi keupayaan mendapatkan pengiktirafan antarabangsa INSARAG External Classification (IEC) bagi Jabatan Bomba.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search