OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

4,250 pek makanan diagihkan kepada mangsa bah

4,250 pek makanan diagihkan kepada mangsa bah

Sebanyak 4,250 pek makanan sedia dimakan diagihkan kepada 1,500 mangsa banjir di Kelantan hasil sumbangan Kumpulan Brahim’s Dewina (Brahim’s) menerusi Food Aid Foundation.

Pengurus Besar Food Aid Foundation, Afraz Said berkata, pihak Brahim’s menyumbangkan pes masakan antaranya pea asam pedas, pes masak merah, dan pes rendang bagi membantu penyediaan makanan panas kepada mangsa banjir.

“Pes-pes berkualiti tinggi dan sedia digunakan ini, bersama sumbangan dari penaja lain, memastikan kami dapat memenuhi keperluan mendesak mangsa banjir pada masa yang kritikal ini.

“Sehingga kini, kami sudah menyediakan dan mengedarkan lebih 4,250 pek makanan panas menggunakan kombinasi pes tajaan dan bahan segar.

“Lebih 1,500 beg makanan yang mengandungi hidangan sedia dimakan Brahim’s seperti bubur lambuk, mi goreng ayam, nasi goreng ayam, sardin, bubur ayam, nasi goreng pedas, dan air mineral Brahim’s,” katanya semalam.

Menurutnya, antara kawasan terjejas yang menerima bantuan termasuk Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Pengkalan Chepa, dan terutamanya Kuala Krai.

Katanya, kawasan terbabit merupakan lokasi terjejas teruk yang memerlukan bantuan makanan yang berkhasiat terutama ketika menempuh cabaran banjir.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search