Majlis Penganugerahan Pingat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Turkiye 2023
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
25 Julai 2023- Majlis Penganugerahan ’Pingat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana’ yang julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai jasa, bakti serta pengorbanan anggota-anggota penyelamat yang telah menyertai misi bantuan kemanusiaan dan bencana di Turkiye. Pemberian pingat ini merupakan satu pembaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan susulan daripada pengumuman YAB Perdana Menteri di Parlimen pada 16 Februari 2023 yang lalu bagi mengiktiraf peranan yang disumbangkan oleh wira-wira negara sewaktu berada di Turkiye. Anggota yang terlibat dalam misi tersebut terdiri daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di bawah NADMA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Majlis pada hari ini telah meraikan seramai 248 anggota daripada jumlah keseluruhan 250 anggota yang terlibat dalam misi penting negara dan pada masa yang sama, majlis turut meraikan seramai 133 pasangan (suami/isteri) yang berkesempatan hadir. Sesungguhnya, peranan ahli keluarga dalam memberikan sokongan, dokongan dan semangat kepada seluruh anggota amatlah dihargai oleh pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.
Sesi Pembentangan Projek Home Alert Disaster System (HAD-SYS) bagi Pertandingan Kumpulan Invovatif dan Kreatif (KIK) dari APM Negeri Sembilan
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Pembentangan Projek Home Alert Disaster System (HAD-SYS) bagi Pertandingan Kumpulan Invovatif dan Kreatif (KIK) dari APM Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Tuan Mohd Khairi (Ketua Pengarah Logistik). Turut serta wakil daris setiap seksyen. Antaranya ialah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur, Sesksyen Pelaksanaan dan Penyelarasan Operasi dan Seksyen Pembangunan Kemuniti dan Sosial.
Sesi Libat Urus YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) bersama Rakan Media dan Agensi Berkaitan Pengurusan Bencana
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
18 Julai 2023 - Satu sesi libat urus YB Menteri, Datuk Armizan Bin Mohd Ali bersama Rakan Media dan Rakan Agensi telah diadakan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya. Sesi libat urus tersebut diadakan bertujuan untuk menghargai jasa dan bakti rakan media dalam usaha menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Selain itu, sesi libat urus ini juga bertujuan untuk menyampaikan secara terus kepada wakil-wakil media yang hadir mengenai situasi semasa Monsun Barat Daya (MBD) tahun 2023 dan kemungkinan El Nino serta langkah-langkah yang telah dan akan diambil Kerajaan dalam menghadapi situasi cuaca panas dan kering yang membawa beberapa risiko meliputi jerebu, kekurangan bekalan air, kesihatan awam dan sekuriti makanan. Juesteru, sesi ini juga adalah sebagai pengiktirafan peranan yang dimainkan oleh media untuk menyampaikan berita-berita dan maklumat kepada rakyat.
Sesi Taklimat Eksekutif kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) berhubung situasi semasa dan tindakan menghadapi Musim Monsun Barat Daya
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
17 Julai 2023 - Sesi Taklimat Eksekutif kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) berhubung situasi semasa dan tindakan menghadapi Musim Monsun Barat Daya, yang melibatkan 9 agensi berkaitan pengurusan bencana iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).