Lawatan Kerja YBhg. Tan Sri KSN ke NDCC dan Sesi Perjumpaan bersama Warga NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
25 November 2024 - YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Sesi Perjumpaan bersama Warga NADMA yang diadakan di Dewan Wawasan, Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Puchong.
Lawatan ini telah diketuai oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA. Lawatan kerja ini merupakan lawatan pertama YBhg. Tan Sri KSN ke NADMA khususnya ke NDCC dan Markas SMART untuk mengenali agensi ini dengan lebih dekat terutama dalam memahami pengurusan dan pengendalian operasi serta koordinasi bencana bagi memastikan pengurusan bencana seluruh negara dilaksanakan secara berkesan dan terselaras.
Mesyuarat Penyediaan Spesifikasi bagi Perolehan dibawah Pasukan SMART Tahun 2025/2026
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
20 hingga 22 November 2024 - Telah selesai Mesyuarat Penyediaan Spesifikasi bagi Perolehan dibawah Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) Tahun 2025/2026 yang diselaraskan oleh Seksyen Logistik NADMA, bertempat di Corus Hotel, Kuala Lumpur.
Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan segala perancangan berkaitan spesifikasi dan format bagi beberapa tajuk perolehan yang akan dilaksanakan pada tahun 2025/2026. Turut hadir wakil-wakil daripada Pasukan SMART dan pegawai NADMA yang mempunyai kemahiran dan kepakaran berkaitan tajuk perolehan tersebut.
Sesi Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bersama sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 November 2024 - YBhg Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA telah menghadiri Sesi Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bersama sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di SMK Seri Medan Batu Pahat, Johor.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah dihadiri oleh 500 orang peserta yang terdiri daripada Sukaralewan JKM, NGO negeri Johor dan komuniti setempat.
Selain itu, YBhg Ketua Pengarah NADMA juga turut memantau progres projek pembinaan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di SK Seri Medan Batu Pahat, Johor. Sepanjang 2024, Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial NADMA telah memberi fokus terhadap pelaksanaan program CBDRM serta pemerkasaan komuniti dan NGO/Sukarelawan dengan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak seperti KKDW, INFRA, KPM, KBS, UniKL, JKM dan APM.
Sebanyak 117 pelbagai program CBDRM telah dilaksanakan dari 1 Januari sehingga 22 November 2024 yang melibatkan 43,196 penyertaan dari pelbagai peringkat komuniti. Bagi persediaan komuniti-NGO-Sukarelawan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), untuk tempoh Oktober-November sahaja sebanyak 58 program telah dilaksanakan yang melibatkan 31,405 penyertaan agar kesiapsiagaan dapat dipertingkatkan.
Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen Kelima Belas Bil.11 Tahun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen Kelima Belas Bil.11 Tahun 2024 | 18 November 2024 | Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur
NADMA telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat ini bagi menyampaikan taklimat berkaitan pelan tindakan pengurusan risiko bencana alam dalam kawasan bandar serta pelan mitigasi dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Datuk Jonathan bin Yasin, Ahli Parlimen Ranau. Ahli-ahli Jawatankuasa yang terlibat ialah YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ahli Parlimen Tanjong Ledang), YB Tuan Pang Hok Liong (Ahli Parlimen Labis), YB Tuan Lim Lip Eng (Ahli Parlimen Kepong), YB Dato' Khlir bin Mohd Nor (Ahli Parlimen Ketereh) dan YB Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali (Ahli Parlimen Pekan). YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA telah hadir ke mesyuarat ini dengan diiringi oleh YBrs. Encik Zamakhshari bin Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar); En.Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan dan Ir. Haji Hanizan bin Deraman, Pengarah Seksyen Mitigasi.
Seterusnya, mesyuarat diteruskan dengan sesi perbincangan antara ahli mesyuarat, wakil NADMA, wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan penyelidik dari beberapa Universiti Awam yang turut dijemput ke mesyuarat ini bagi memberi pandangan dan idea berhubung isu tersebut.
Sesi Taklimat Mengenai Arahan Nadma No.1 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
SESI TAKLIMAT MENGENAI ARAHAN NADMA NO.1: DASAR DAN MEKANISME PENGURUSAN BENCANA NEGARA DI IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN | 15 NOVEMBER 2024
Telah berlangsung sesi taklimat mengenai Arahan NADMA No.1: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh YDH DCP Dato’ Mohamad Suzrin bin Mohamad Rodhi, Pemangku Pengarah Jabatan KDNKA yang turut dihadiri oleh para pegawai kanan dan warga Jabatan KDNKA Bukit Aman dan seluruh warga dalam struktur organisasi Jabatan KDNKA PDRM secara bersemuka dan atas talian. Ini merupakan salah satu inisiatif dan langkah proaktif PDRM dalam memastikan setiap warga PDRM di seluruh negara untuk memberikan komitmen dan bertugas dalam Pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana memahami peranan mahupun tanggungjawab PDRM sebagaimana yang terkandung dalam Arahan NADMA No.1 terutamanya bagi menangani bencana dalam tempoh Monsun Timur Laut 2024/2025 yang telah bermula sejak 5 November 2024 lalu.
Sesi ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan PPj.(PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin, Timbalan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA.