OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

PBSM Stampin perkukuh komuniti dengan MoU bersama rakan kongsi

PBSM Stampin perkukuh komuniti dengan MoU bersama rakan kongsi

KUCHING, 21 Jan: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cawangan Stampin mengambil langkah proaktif memperkukuhkan keselamatan komuniti dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Altica, Zeitgeist, SarTrac dan Public Medicare Group (PMG).

Pengerusi PBSM Stampin, Chew Kim Soon berkata MoU ini mencerminkan komitmen bersama semua pihak terbabit dalam memperkasakan keupayaan penyelamatan sekiranya berlaku kecemasan.

“Melalui perkongsian seperti ini, kita boleh mencapai lebih banyak bersama daripada yang kita boleh lakukan sendirian. Kepada rakan kongsi kami, terima kasih atas kepakaran dan kepercayaan anda terhadap inisiatif ini,” katanya berucap pada majlis itu di sini, hari ini.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau turut menekankan bahawa kecemasan dan bencana datang tanpa diduga, oleh itu inisiatif seperti ini mesti terus berkembang dan menjangkau lebih ramai komuniti, termasuk di kawasan bandar serta kampung terpencil.

PBSM Stampin komited untuk menjadikan komuniti lebih selamat dan lebih bersedia menghadapi kecemasan.

Dalam pada itu, Bengkel Kesiapsiagaan Komuniti dan Pengurangan Risiko yang dianjurkan adalah langkah proaktif ke arah matlamat tersebut, dengan harapan para peserta dapat berkongsi ilmu yang diperoleh dengan orang lain.

“Ini dapat membantu membina Sarawak yang lebih kukuh dan berdaya tahan,” katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search