OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Letupan kilang kimia: Polis sahkan 33 mangsa alami sesak nafas, pedih mata

Letupan kilang kimia: Polis sahkan 33 mangsa alami sesak nafas, pedih mata

KLANG: Polis mengesahkan 33 mangsa mengalami sesak nafas dan pedih mata susulan letupan sebuah kilang kimia di kawasan perindustrian Sungai Kapar Indah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kesemua mangsa merupakan pekerja kilang dan sekitar lokasi tersebut yang berusia 20 hingga 40-an.

“Tiada kecederaan , mangsa yang hadir ke hospital untuk rawatan, semuanya adalah pesakit luar dan mereka hadir disebabkan masalah pernafasan terhidu gas serta pedih mata,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Tambahnya polis juga telah mengambil beberapa sampel bahan kimia di lokasi kejadian dan dihantar ke jabatan kimia untuk tindakan susulan

Dalam pada itu pihaknya juga telah merakam keterangan pemilik premis berkenaan dan pihaknya sedang mengumpul bukti jika ada unsur kecuaian berlaku.

“Pemilik telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan kilang ini mempunyai tujuh pekerja tiga warganegara, empat bukan warganegara dan memiliki permit sah,” ujarnya.

Menurutnya lagi, setakat ini kertas siasatan dibuka di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP).

“Sekiranya terdapat kecuaian dalam aspek jenayah dan sebagainya, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Vijaya berkata kawasan tersebut masih ditutup kepada orang awam selama dua hari dengan kawalan 24 jam oleh polis.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search