OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

12 Disember 2024 - Konsainan ke-2 bantuan kemanusiaan dan bencana daripada Kerajaan Pakistan telah tiba di Terminal MASKargo pada jam 3:45 petang. Ketibaan pesawat ini telah disambut oleh En Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, En. Muhammad Ameer Hassan Butt, wakil Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur, wakil Wisma Putra dan wakil-wakil Agensi.
 
Penerbangan kedua ini telah membawa 35 tan barangan yang terdiri daripada 500 khemah, 1500 selimut, 250 jaket keselamatan, 530 quilt, 66 sleeping bag dan 500 tikar. Proses mobilisasi barangan bantuan daripada Terminal MASKargo ke Depot Simpanan Pertahanan telah dijalankan yang melibatkan 16 aset kenderaan dan 70 orang petugas fitik daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), termasuk pengiring konvoi daripada PDRM.
 
Sumbangan daripada Kerajaan Pakistan sebanyak 71 tan (36 tan konsainan 1 + 35 tan konsainan 2) akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025.
Previous Next

11 Disember 2024 - YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato' Dr. Nadzman bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah pada jam 5:30 petang. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan kerjasama dalam pengurusan bencana antara NADMA dan Kerajaan Negeri Kedah.

Previous Next

8 Disember 2024 - Telah berlangsung pelepasan sebanyak 12 buah trak kontena yang membawa satu set Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) untuk dihantar ke Bekenu Depot Jabatan Kerja Raya (JKR), Miri, Sarawak. 12 unit kontena ini dijangka tiba di Sarawak pada Januari 2025.
 
Ini merupakan antara persediaan awal NADMA dalam menghadapi gelombang kedua Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 dengan menghantar Jambatan Bailey ke Sabah dan Sarawak. Inisiatif ini diambil untuk meningkatkan kesiapsiagaan logistik bencana, sejajar jangkaan keperluan serta kejayaan penggunaan Jambatan Bailey terdahulu dalam memulihkan gangguan jaringan jalan perhubungan yang terjejas akibat kerosakan jambatan.
Previous Next

8 Disember 2024 - Majlis penyerahan dan penerimaan barangan bantuan HADR daripada Kerajaan Pakistan selamat disempurnakan oleh Tuan Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia di Terminal MASKargo, KLIA Sepang.
 
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, wakil KDN, wakil agensi seperti PDRM, ATM, JBPM, APM, dibantu oleh Malaysia Airport Berhad, MasKargo dan petugas warga NADMA ( SPEO, SL, UKK, BKP & SMART).
 
Sortie pertama seberat 40ton tiba pada jam 4.30 petang membawa 450 buah khemah, 1000 keping selimut, 250 jaket keselamatan, 534 quilt, 66 buah beg tidur dan 500 keping tikar, yang mana akan ditempatkan di Depot Simpanan Pertahanan sementara menunggu agihan kepada mangsa bencana. Manakala, sortie kedua dijangka tiba 11 Disember 2024.
Previous Next

6 Disember 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat yang bertempat di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). Kehadiran secara fizikal oleh Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Pegawai NDCC dan Pegawai Pasukan SMART sementara kehadiran secara dalam talian oleh 9 orang ahli mesyuarat daripada PKOB Negeri, Agensi dan NADMA.
 
NADMA telah mengaktifkan PKOB Pusat sejak akhir bulan November, yang bertujuan untuk menyelaras dan memantau semua PKOB negeri yang sedang mengurus bencana banjir dan mangsa banjir di lapangan. Penyelarasan termasuklah aset-aset dan keperluan logistik, mengatur gerak pasukan penyelamat serta lain-lain keperluan yang merentas negeri masing-masing.
 
Selain itu, ia juga berkaitan dengan operasi bantuan atau respons bencana, dimana pelbagai agensi perlu bekerjasama untuk memastikan sumber dan tenaga kerja diatur dengan efisien bagi memudahkan operasi. Oleh itu, NDCC NADMA yang beroperasi selama 24 jam setiap hari akan sentiasa memantau dan menyediakan laporan terkini situasi banjir di seluruh negara sebagai rujukan semua.
 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search