OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Usaha mencari mangsa tanah runtuh di Jawa Tengah diperhebat

Usaha mencari mangsa tanah runtuh di Jawa Tengah diperhebat

JAKARTA – Beratus-ratus penyelamat sedang mencari mangsa yang terperangkap dalam lumpur tebal dan serpihan selepas tanah runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang dan menyebabkan tujuh lagi hilang.

Hujan lebat di kawasan pergunungan berhampiran bandar Pekalongan di wilayah Jawa Tengah menyebabkan tanah dan jambatan runtuh hingga menimbus kereta serta rumah.

“Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui dan memindahkan dua mayat… pada pagi Rabu. Jumlah kematian yang direkodkan setakat tengah hari ini ialah 19 orang,” kata jurucakap Badan Mitigasi Bencana Negara (BNPB) Abdul Muhari. .

Kedua-dua mayat yang ditemui pagi tadi adalah sebahagian daripada senarai orang yang dilaporkan hilang dalam kejadian tragis itu.

Agensi mencari dan menyelamat Basarnas berkata, kejadian itu turut menyebabkan 13 orang cedera.
 

Jentera berat dikerahkan untuk membersihkan laluan jalan bagi pasukan mencari dan kira-kira 200 anggota penyelamat telah dihantar untuk membantu usaha menyelamat, kata pegawai tempatan, Mohammad Yulian Akbar.

“Tumpuan adalah untuk mencari mangsa,” katanya sambil menambah kerajaan tempatan telah mengisytiharkan darurat di daerah ini selama dua minggu.

Kawasan paling teruk terjejas ialah Kampung Kasimpar selepas tanah runtuh melanda sebuah kedai kopi yang dipenuhi orang ramai ketika lindung daripada hujan.

Tetapi usaha-usaha menyelamat terganggu kerana hujan lebat terus melanda kawasan tersebut.

Ramalan cuaca untuk tiga hari akan datang menunjukkan hujan sederhana yang boleh “menyebabkan banjir, banjir kilat dan tanah runtuh”.

Indonesia terdedah kepada tanah runtuh semasa musim hujan, biasanya antara November dan April. – Agensi

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search