Kunjungan Hormat Delegasi LMT Maritime Sdn Bhd kepada Ketua Pengarah NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan Hormat Delegasi Lmt Maritime Sdn Bhd Kepada Ketua Pengarah NADMA | 28 Julai 2025
Delegasi LMT Maritime Sdn Bhd, yang diketuai oleh pengerusinya, YBhg. Dato’ Seri Haji Amir Hamzah bin Mohd telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah bertempat di Pejabat Ketua Pengarah, Aras 7.
Kunjungan hormat ini bertujuan bagi meneroka peluang kerjasama antara pihak LMT Maritime Sdn Bhd dengan NADMA terutama dalam peralatan logistik operasi bencana.
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Encik Ibrahim Ali bin Abdul Wahab, Pengarah Urusan dan Encik Hazrin bin Mohd Nizar, Pengurus Besar. Dari pihak NADMA pula dihadiri oleh Encik Jefny bin Muhammad, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS) dan Encik Ir. Haji Hanizan bin Deraman, Pengarah Mitigasi.
Suasana sepanjang sesi briskwalk penuh dengan gelak tawa dan pelbagai ragam dari kakitangan NADMA hingga ke anggota pasukan SMART! Semuanya sporting belaka.
Semoga aktiviti seperti ini, dapat mengekalkan budaya kerja sihat, komunikasi terbuka, dan semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja.
Terima kasih kepada mereka yang turut serta!
Sesi Briskwalk bersama Ketua Pengarah NADMA | 25 Julai 2025
Kelab Kebajikan Sukan NADMA (KKSN) telah menganjurkan sesi briskwalk bersama Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara. Sesi ini disertai oleh warga agensi dan anggota pasukan SMART sebagai satu inisiatif membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.
Program ini juga menjadi ruang untuk mengukuhkan semangat kebersamaan dan kerja berpasukan. Semoga keakraban ini menjadi asas kepada kesiapsiagaan pengurusan bencana secara bersama.
Bengkel Pengurusan Bencana Daerah Gombak Tahun 2025 | 28 Julai 2025 | Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong
Telah berlangsung Bengkel Pengurusan Bencana Daerah Gombak Tahun 2025 yang bertujuan untuk menambah pengetahuan pengurusan bencana secara bersepadu dan sebagai panduan bagi memastikan komunikasi yang berkesan di peringkat KKM termasuk agensi di dalam dan luar negara. Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah dijemput bagi menyampaikan taklimat berkenaan ‘Arahan NADMA No. 1’.
Bengkel Emergency Response Kejadian Wabak dan Bencana bagi Pasukan Rapid Assessment Team (RAT), Rapid Response Team (RRT) dan Medical Assessment Team (MAT) Peringkat Pejabat Kesihatan Titiwangsa Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Bengkel Emergency Response Kejadian Wabak dan Bencana bagi Pasukan Rapid Assessment Team (RAT), Rapid Response Team (RRT) dan Medical Assessment Team (MAT) Peringkat Pejabat Kesihatan Titiwangsa Tahun 2025 | 28 Julai 2025 | Klinik Kesihatan, Kuala Lumpur
Telah berlangsung Bengkel Emergency Response Kejadian Wabak dan Bencana yang bertujuan untuk melatih pegawai di lapangan termasuk di Klinik Kesihatan dan Klinik Komuniti dalam usaha mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam kesiapsiagaan dan respons menghadapi sebarang wabak dan bencana.
Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah dijemput bagi menyampaikan taklimat berkenaan 'Mekanisme Pengurusan Bencana di Malaysia'.
