PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Sesi Perbincangan bagi Cadangan Inisiatif Pengukuhan Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) Tahun 2026 dan Sesi Lawatan Tapak DTBKN | 3 Disember 2025

Telah berlangsung sesi perbincangan bagi cadangan inisiatif pengukuhan Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) tahun 2026 dan sesi lawatan tapak DTBKN yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Dasar NADMA.

Sesi perbincangan ini adalah bertujuan bagi memastikan DTBKN yang melibatkan tiga (3) buah gudang di Depot Simpanan Pertahanan (DSP) yang dijadikan sebagai one-stop centre. Ia untuk menyimpan stok bekalan makanan, barangan keperluan asas dan aset tindak balas bencana yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dengan segala penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih serta keperluan kelengkapan operasi yang dilaksanakan dengan teratur.

Previous Next

Turun Padang YAB Timbalan Perdana Menteri ke Lokasi Banjir di Daerah Bagan Datuk | 1 Disember 2025

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah mengiringi YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri bagi meluangkan masa turun padang ke sekitar kawasan terkesan banjir di Bagan Datuk, Perak. Dalam sesi tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri telah mendapat taklimat mengenai keadaan semasa bagi tujuan gambaran keseluruhan situasi banjir yang menimpa daerah tersebut serta operasi pengurusan bencana oleh JPBD.

Tinjauan telah dibuat di tiga lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu:
a) Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk.
- 162 keluarga
- Mangsa 457 orang.

b) Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk
- 32 keluarga
- 126 mangsa

c) Dewan Kelab Belia dan Sukan Bagan Datuk
- 131 keluarga
- 362 mangsa

YAB Timbalan Perdana Menteri melahirkan rasa simpati atas musibah yang menimpa mangsa banjir di Bagan Datuk. Beliau juga minta supaya NADMA menyegerakan bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada KIR yang layak walaupun masih berada di PPS bagi tujuan meringankan beban mangsa.

Beliau juga berpuas hati dengan tindakan efisyen yang telah diambil oleh semua agensi termasuk penglibatan NGO dalam menguruskan mangsa banjir.

Previous Next

Kunjungan Hormat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) atas Ketua Pengarah NADMA | 28 November 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya

Ketua Pengarah NADMA, YBrs. Tuan Meor Ismail Meor Akim telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Abdul Rashid Bahri, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Kunjungan hormat ini bagi memperkukuhkan kerjasama strategik G2G antara NADMA dan FAMA khususnya dalam aspek pembekalan Bantuan Makanan Bencana Negara serta meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026.

Turut serta dalam sesi ini ialah YBrs. Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Dasar; YBrs. Tuan Mohd Khairi Abd Ghani, Pengarah Seksyen Logistik serta barisan pegawai daripada NADMA dan FAMA.

Previous Next

28 November 2025 - YBrs. Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA telah menyampaikan taklimat mengenai situasi semasa bencana banjir kepada YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi yang akan mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri 1 ke Mesyuarat Jemaah Menteri.

Taklimat mengenai situasi semasa bencana banjir tersebut merangkumi ramalan cuaca semasa, usaha menyelamat rakyat Malaysia di Hatyai, Thailand serta langkah kesiapsiagaan Kerajaan dalam menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026. Turut hadir dalam sesi taklimat ini ialah YBrs. Encik Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Dasar NADMA.

Previous Next

Mesyuarat Penyelarasan bersama Agensi Berhubung Pengurusan Bencana bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 dan Lawatan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon serta Kawasan Titik Panas (Hot Spot) Banjir di Daerah Beaufort Sabah | 27 November 2025

YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan bersama Agensi Berhubung Pengurusan Bencana bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA telah memaklumkan terdapat 66 buah sekolah tersenarai yang mempunyai dwi fungsi iaitu sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan Pusat Mengundi dalam PRU DUN Sabah pada kali ini serta meminta supaya isu ini diambil perhatian dalam memastikan kelancaran PRU DUN Sabah kelak.

Selesai mesyuarat penyelarasan bersama agensi, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA berkesempatan untuk melawat ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon dan Kawasan Titik Panas (Hot Spot) Banjir di Daerah Beaufort Sabah bersama wakil daripada Pejabat Hal Ehwal dan Penyelidikan Dalam Negeri Sabah, Pegawai Daerah Beaufort dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Lawatan ini dilaksanakan setelah mengambil kira kekerapan banjir yang berlaku di daerah ini iaitu sebanyak 15 peristiwa bagi tahun ini serta bertujuan untuk meninjau persiapan menjelang PRU DUN Sabah terutama bagi 15 pusat mengundi dalam konteks pengurusan bencana.

Hasil daripada lawatan tersebut mendapati PPK Selagon berada dalam keadaan baik namun begitu, terdapat beberapa usul seperi isu pengudaraan yang perlu ditambah baik dan pengwujudan zon pengasingan (kuarantin) di PPK tersebut. Lawatan ke lokasi hot spot banjir di sekitar Beaufort telah memperlihat keberkesanan tebatan banjir yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam menangani banjir di kawasan Pekan Beaufort.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search