Expanding The Horizon: Disaster Management 101 For Occupational Health Practitioners
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
9 Mac 2024 - Sedang berlangsung seminar Expanding The Horizon: Disaster Management 101 For Occupational Health Practitioners. Seminar kali ini adalah tentang cara merancang, melaksana dan menilai pelan pengurusan bencana untuk organisasi, serta cara menangani kesan psikologi dan fizikal bencana ke atas pekerja.
Seminar ini telah dihadiri oleh wakil NADMA iaitu Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah, Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) dengan ceramah berjudul Ground Zero & Beyond: Preparedness And Disaster Management In Malaysia.
Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Makhzan bin Mahyuddin
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
8 Mac 2024 - Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Makhzan bin Mahyuddin. Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kerjasama dan keperluan pengurusan bencana antara NADMA dan Kerajaan Negeri Sabah termasuk cadangan penambahbaikan pengurusan bencana yang boleh dilaksanakan. Selain itu, YBhg. Ketua Pengarah turut berkesempatan menghadiri Sesi Perbincangan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Daerah Pitas di Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Sabah di Menara Kinabalu, yang turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur. Sesi perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan status terkini perkembangan pembinaan PPKB Daerah Pitas yang merupakan salah satu projek perintis PPKB.
5 Mac 2023 – Telah berlangsungnya Program Marhaban Ya Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan. Program tersebut diadakan bersempena menyambut Ramadhan yang bakal menjelma tak lema lagi. Program telah diisi dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Syahmi Syazeril bin Azmi dari Pusat Tadabbur Centre Sdn.Bhd Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Antara pengisian yang disampaikan oleh penceramah adalah perkara utama yang perlu diingati oleh umat Islam apabila berbicara berkaitan Bulan Ramadhan adalah turunnya kitab suci Al-Quran. Selain itu, penceramah juga menegaskan bahawa amalan perbanyakkan berdoa adalah sangat digalakkan ketika Ramadhan. Hal ini kerana, amalan berdoa dan berpuasa adalah sinonim dan sering bersangkut paut satu sama lain. Di akhir sesi ceramah, penceramah turut menyeru agar kita semua sentiasa menyucikan hati dengan perbanyakkan amalan di bulan mulia dan menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya.
Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
4 Mac 2024 Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Zaidi bin Johari. Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kerjasama dan keperluan pengurusan bencana antara NADMA dan Kerajaan Negeri Melaka termasuk cadangan penambahbaikan pengurusan bencana yang boleh dilaksanakan . Selain itu, YBhg. Ketua Pengarah turut berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH DCP Dato' Zainol bin Hj. Samah, Ketua Polis Melaka bagi mendapatkan pandangan mengenai peruntukan yang telah disalurkan bagi menambahbaik PKTK dan beberapa cadangan penambahbaikan pengurusan bencana termasuk aspek SOP dan latih amal di Melaka dan seluruh negara secara amnya. Sesi kunjungan hormat berakhir jam 12.00 tengah hari.
2nd Project Steering Committee (PSC) Meeting for Disaster Emergency Logistics System for ASEAN (DELSA)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
4 Februari 2024 – Sedang berlangsung secara dalam talian 2nd Project Steering Committee (PSC) Meeting for Disaster Emergency Logistics System for ASEAN (DELSA) Phase IV Project yang dipengerusikan oleh YBrs. Pengarah (Dasar) NADMA bersama Singapura (Singapore Civil Defence Force – SCDF) dan Myanmar (Department of Disaster Management – DDM).
Mesyuarat PSC DELSA ini diadakan sebanyak 2 kali setahun dan hasil mesyuarat ini akan dilaporkan ke Meeting of the ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) Working Group on Preparedness, Response and Recovery (ACDM WG on PRR) yang juga dipengerusikan bersama oleh Malaysia, Singapura dan Myanmar.
Mesyuarat ini dihadiri oleh Mission of Japan to ASEAN, Japan-ASEAN Integration Fund (JAIF) Management Team (JMT), Filipina (Office of Civil Defense - OCD), Thailand (Department of Disaster Prevention and Mitigation – DDPM) dan Sekretariat ASEAN serta diurussetiakan oleh AHA Centre. NADMA dihadiri oleh Seksyen Dasar dan Perancangan (SDP), Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) dan Seksyen Logistik (SL) dengan dibantu oleh Seksyen Teknologi Maklumat (ICT) bagi memastikan kelancaran mesyuarat ini.
