PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

27 Disember 2023 - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), bagi memantau situasi semasa banjir yang berlaku ketika ini.

Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah NDCC berkenaan pemantauan semasa Bencana di kawasan-kawasan yang terlibat. Turut hadir sama dalam taklimat ini YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah dan pegawai kanan NADMA.
Previous Next

27 Disember 2023 - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah berjaya memindahkan seramai 35 orang mangsa banjir dari kampung Meranti, Pasir Mas ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Banggol Chicha, Kelantan. Mari sama-sama kita doakan agar operasi menyelamat di seluruh negara dipermudahkan dan kesemua mangsa banjir dapat dipindahkan dengan selamat. 
Previous Next

5 Disember 2023 - Lawatan pasukan BASARNAS ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan SMART telah berlangung di Markas Pasukan SMART. Delegasi BASARNAS telah diketuai oleh Brigadier Jeneral Edy Prakoso, Pengarah Operasi BASARNAS manakala dari pihak NADMA pula diketuai oleh YBrs. Tuan Addyhanis Bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) dan bersama YBrs. Tuan Mohd Khairul Bin Jamil, Komander Pasukan SMART. Ini merupakan lawatan pertama bagi Pasukan BASARNAS ke Markas Pasukan SMART dan diharap lawatan ini dapat memperkukuhkan ikatan persahabatan antara kedua-dua agensi dalam bersama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu dalam menguruskan bencana. Delegasi BASARNAS turut dibawa melawat National Disaster Command Center (NDCC) dan tapak latihan di Markas SMART.
Previous Next

Sesi lawatan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diadakan pada 28 November 2023 di Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) Kuantan, Pahang dan 30 November 2023 di DSKB Kemumin, Kelantan. Lawatan ini adalah berdasarkan hasrat pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) untuk turun ke lapangan bagi membuat pemantauan perolehan makanan retort melalui peruntukan yang telah disalurkan sebanyak RM2 juta kepada JKM. Wakil MoF diketuai oleh Pengurus Kanan dan Timbalan Pengarah manakala dari NADMA wakil-wakil Seksyen Kewangan dan Akaun berserta Seksyen Logistik telah hadir bersama.

Previous Next

29 November 2023 - Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Bin Idrus telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan Bertempat di Wisma Pertahanan pada hari ini. Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan untuk bertukar idea serta pandangan bagi manfaat bersama di samping mengeratkan lagi kerjasama erat antara kedua-dua organisasi.
Sesi Kunjungan Hormat ini turut disertai Timbalan Ketua pengarah (Operasi), Encik Meor Ismail Bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Encik Zamakhshari Bin Hanipah dan Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana), Encik Hussain Bin Moh.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search