Pelaksanaan Naziran Penggunaan dan Agihan Bantuan Kesiapsiagaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Sewaktu Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 Serta Sesi Perbincangan Bagi Koordinasi Dan Penempatan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) di Sabah
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PELAKSANAAN NAZIRAN PENGGUNAAN DAN AGIHAN BANTUAN KESIAPSIAGAAN AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) SEWAKTU MONSUN TIMUR LAUT (MTL) 2023/2024 SERTA SESI PERBINCANGAN BAGI KOORDINASI DAN PENEMPATAN JAMBATAN KELULI BERMODULAR (BAILEY BRIDGE) DI SABAH
7 Ogos 2024 - Sesi perbincangan dan naziran telah dilaksanakan oleh Seksyen Logistik bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi sewaktu di lapangan ketika beberapa episod banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024. Naziran ini melibatkan sesi pengauditan data inventori dan penyimpanan fizikal aset-aset bantuan, serta turut merangkumi sesi perbincangan bersama pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana di setiap Negeri, terutamanya Pengerusi (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri), Komander Operasi Bencana Negeri (PDRM Negeri), Sekretariat (APM Negeri), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri dan Jabatan Kerja Raya selaku Agensi Peneraju Kumpulan Kerja Sokongan Logistik.
8 Ogos 2024 - Sesi perbincangan bagi Koordinasi dan Penempatan Jambatan Keluli Bermodular di Sabah ini telah dipengerusikan oleh En. Zamakhshari bin Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah (DASAR) yang diadakan di Kem Lok Kawi, Sabah. Turut dihadiri En. Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA, DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, wakil-wakil daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Jabatan Kerja Raya (JKR) HQ dan Sabah. Tujuan perbincangan ini diadakan adalah bagi mendapatkan pandangan untuk menempatkan sebanyak 3 unit Bailey Bridge (36 Kontena) untuk negeri Sabah.