PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Latihan Secara Hands-On Penggunaan Admin Console Athoc bersama pihak Blackberry | 12 Februari 2025 | Bilik Mesyuarat Oval, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)
 
Telah berlangsung sesi latihan penggunaan Admin Console Athoc bersama pihak Blackberry yang melibatkan pegawai-pegawai NADMA. Antara tujuan utama latihan ini dilaksanakan adalah untuk menyelaraskan pengurusan penghantaran amaran bencana, koordinasi dan pematuhan peraturan semasa kecemasan serta pengurusan bencana.
Previous Next

10 Februari 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Sumbangan Barangan Bantuan dari GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN) kepada mangsa bencana di daerah Miri, Kuching dan Bintulu.
 
Pihak GDRN akan menyumbang sebanyak 5,000 kit keperluan untuk keluarga seberat 47 tan dan bernilai RM 1.24 juta. Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima satu (1) kotak barang bantuan yang terdiri daripada:
 
• 1 Cerek elektrik
• 1 Periuk nasi
• 2 Selimut
• 2 Tuala
• 2 kain sarong
• Beserta 1 toto (Narita)
 
Kit sumbangan tersebut akan di hantar ke Kuching, Sarawak (2 trip) melalui pesawat MASKargo.
Previous Next

MESYUARAT/ BENGKEL MEMUKTAMADKAN SEMAKAN SEMULA ARAHAN MKN NO.19 KEPADA ARAHAN NADMA NO.2, PASUKAN MENCARI DAN MENYELAMAT KHAS MALAYSIA (SMART) | 5 hingga 7 Februari 2025 | Perdana Hotel, Kota Bharu, Kelantan
 
Telah berlangsung mesyuarat/ bengkel ini yang bertujuan untuk menyemak semula Arahan MKN No.19 kepada Arahan NADMA No.2 dengan mengemaskini prosedur, pentadbiran dan pengurusan serta gerak kerja Pasukan SMART agar dapat memperkasa Pasukan SMART secara khususnya. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan diselaraskan oleh En. Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Sekyen Penyelarasan Operasi.
 
Sesi ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, En. Rusli Bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan, PgKB I Mohd Khairul bin Jamil, Komander Pasukan SMART serta anggota Pasukan SMART. Turut hadir wakil daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
 
Seterusnya, YBhg. Datuk Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) telah melakukan lawatan ke Tapak Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di SK Gual Tinggi, Pasir Mas dan Tapak Projek Tebatan Banjir di Sungai Golok. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan memahami keadaan sebenar di kedua-dua tapak projek berkenaan. Sesi lawatan ini telah disertai oleh Jurutera projek di tapak, Guru Besar SK Gual Tinggi, Ketua Kampung serta pihak kontraktor bagi memberikan taklimat berhubung projek-projek berkenaan.
Previous Next

SESI TAKLIMAT DAN LAWATAN KERJA IBU PEJABAT POLIS DAERAH SUBANG JAYA, KONTINJEN SELANGOR | 6 FEBRUARI 2025 | PUSAT KAWALAN BENCANA NEGARA (NDCC)
 
Telah berlangsung satu sesi taklimat dan lawatan kerja dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Kontinjen Selangor ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). Tujuan lawatan ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan tatakelola pengurusan bencana dan pengoperasian di NDCC. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah NDCC.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search