PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Global Platform for Disaster Risk Reduction 2025 (GP2025)

Global Platform for Disaster Risk Reduction 2025 (GP2025) | 2 hingga 7 Jun 2025 | Geneva
 
Telah berlangsung Global Platform for Disaster Risk Reduction 2025 (GP2025) dengan tema "Every Day Count, Act for Resilience Today". GP2025 merupakan platform di peringkat global yang memberi ruang perbincangan dalam pengurangan dan pengurusan risiko bencana bersama semua negara yang mengiktiraf Kerangka Kerja Sendai 2015-2030.
 
Seawal hari pertama, GP2025 telah dimulakan dengan beberapa siri mesyuarat berkenaan Sendai Framework Monitor (SFM) di mana, setiap negara berpeluang mengemaskini status pencapaian dan membincangkan isu serta cabaran dalam melengkapkan SFM. Malaysia telah menjadi antara negara yang berjaya mengemaskini dan melaporkan SFM dengan baik dan seterusnya antara negara penanda aras oleh pihak UNDRR.
 
Acara kemuncak GP2025 adalah Ministerial Roundtable, di mana setiap wakil negara berkongsi penyataan negara dalam usaha pengurangan dan pengurusan risiko bencana. Dalam hal ini, YAB Timbalan Perdana Menteri selaku ketua delegasi telah menyampaikan penyataan negara dalam ministerial roundtable bertajuk "Safe Schools Now: Protecting Every Child from Disaster and Climate Risk". Kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri telah diiringi oleh YBhg. Ketua Pengarah NADMA dan dua (2) orang pegawai daripada Seksyen Mitigasi.
 
Selain menyampaikan penyataan negara, Malaysia juga telah terlibat secara aktif dalam sesi "ignite stage" yang diadakan secara serentak sepanjang GP2025 berlangsung. Dua (2) orang wakil Malaysia masing-masing daripada NADMA dan SEADPRI-UKM telah berkongsi inisiatif DRR semasa yang sedang dijalankan. Malaysia juga mengambil peluang mengadakan pertemuan bersama Special Representative of the United Nations Secretary-General (SISG) dan membincangkan ruang kerjasama berterusan antara Malaysia dan UN dalam menyokong agenda global dalam pengurangan risiko bencana.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search