PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

ππ„πŒππ”πŠπ€π€π 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: ππ€πƒπŒπ€ ππ„π‘πŠπ€π’π€ πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐏𝐏𝐊𝐁 πƒπ„πŒπˆ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π π‘π€πŠπ˜π€π“

ππ„πŒππ”πŠπ€π€π 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: ππ€πƒπŒπ€ ππ„π‘πŠπ€π’π€ πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐏𝐏𝐊𝐁 πƒπ„πŒπˆ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π π‘π€πŠπ˜π€π“
Β 
SK Seri Medan, Batu Pahat,28 Jun – Malaysia terus memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana menerusi Majlis Peluncuran dan Simulasi Pengurusan Operasi Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Program ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan ketika berdepan situasi kecemasan.
Β 
Anjuran NADMA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor, program ini menampilkan simulasi operasi sebenar bagi menguji kesiapsiagaan petugas pelbagai agensi dalam melaksanakan SOP, menyelaras operasi serta menguruskan mangsa secara lebih sistematik, sekali gus memperkukuh fungsi PPKB sebagai pusat perlindungan yang lebih cekap dan berdaya tahan.
Β 
PPKB SK Seri Medan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti Dewan Terbuka berkapasiti sehingga 500 mangsa, Dewan Makan dan Pentadbiran, Penginapan Warga Emas dan Mesra OKU , Surau berkapasiti 50 jemaah, tandas berasingan lelaki dan wanita serta Rumah Pam bagi memastikan operasi pemindahan dan kebajikan mangsa dapat dilaksanakan dengan lebih selesa dan teratur.
Β 
Pelaksanaan PPKB ini mencerminkan usaha Malaysia memperkukuh sistem pengurusan bencana yang lebih moden dan proaktif. Melalui kerjasama erat pelbagai agensi, NADMA terus memainkan peranan penting dalam membina komuniti yang lebih bersedia, berdaya tahan dan mampu menghadapi sebarang bencana pada masa hadapan.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search