PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Sesi Perbincangan Kaedah Pendaftaran dan Pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi Negeri Sarawak | 27 Februari 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Telah berlangsung Sesi Perbincangan Kaedah Pendaftaran dan Pembayaran BWI bagi Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA. Perbincangan ini telah dihadiri oleh delegasi dari Pejabat Timbalan SUK Sarawak, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif JKM, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial NADMA serta pegawai-pegawai lain.
 
Tujuan perbincangan diadakan adalah bagi meneliti isu dan memberi penjelasan mengenai kaedah pendaftaran dan pembayaran BWI kepada mangsa bencana di negeri Sarawak. Setakat ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan baru menerima senarai nama 447 Ketua Isi Rumah (KIR) dari anggaran 5,012 KIR yang berpindah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Dianggarkan juga seramai 31,918 KIR yang tidak berpindah ke PPS tetapi turut terjejas dengan bencana. Pihak JKM pula melaporkan terdapat senarai nama 4,640 KIR yang telah berdaftar di PPS dalam sistem InfoBencanaJKM bagi negeri Sarawak. Justeru, NADMA telah meminta JPBN Sarawak untuk mempercepatkan pembayaran BWI kepada KIR mangsa bencana yang telah berpindah dan berdaftar di PPS terlebih dahulu berpandukan senarai nama sedia ada.
Previous Next

27 Februari 2025 - Telah berlangsung Majlis Town Hall Tahun 2025 bersama YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA yang bermula pada jam 9 pagi tadi. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan hala tuju NADMA dan perkembangan terkini berkaitan gerak kerja NADMA melalui sesi soal jawab bersama YBhg. Datuk Ketua Pengarah dan taklimat yang disampaikan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan. Di samping itu, majlis ini juga diadakan bagi meraikan para pegawai yang telah dan akan bersara serta bertukar keluar dari NADMA.

Previous Next

25 Februari 2025 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Tapak Simulasi Bencana Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku agensi pelaksana kepada NADMA di Markas Pasukan SMART, Pulau Meranti, Puchong. JKR telah diwakili oleh Pengarah JKR Negeri Selangor selaku Pegawai Penguasa (P.P.) projek manakala NADMA telah diwakili oleh YBrs. En Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) yang turut merasmikan majlis tersebut.
 
Majlis ini turut dihadiri oleh En. Ir. Malek bin Hisham, Pengarah Seksyen Teknikal & Infrastruktur, En. Meor Hijdayat bin Ismail, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan NADMA serta wakil dari Bahagian Pembangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pegawai-pegawai dari NADMA, Pasukan SMART, JKR serta perunding dan kontraktor projek. Pasukan SMART turut menyerikan acara dengan mengadakan demonstrasi menyelamat modul kereta kabel dalam majlis tersebut.
Previous Next

24 Februari 2025 - Sedang berlangsung Program Jerayawara Komuniti Siap Siaga Bencana Tsunami Daerah Kudat, Sabah yang bermula pada 22 hingga 25 Februari 2025 (4 komuniti sasaran) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), NADMA, MET Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Yayasan TM sebagai Penaja Utama. Objektif utama program ini adalah untuk memperkasa komuniti tempatan dalam tindak balas menghadapi bencana tsunami.

Previous Next

22 Februari 2025 – YBrs. Tuan Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA telah turun padang bersama Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dalam program pasca majlis penyerahan bantuan kepada mangsa bencana. Bantuan telah disampaikan kepada 500 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir di sekitar kawasan Kubang Pasu dan Jitra, Kedah.
 
Majlis ini juga telah menghimpunkan seramai hampir 800 orang penduduk sekitar dengan melibatkan pelbagai peringkat komuniti turut didedahkan dengan peranan BSMM sebagai Auxiliary Body seperti digariskan oleh Arahan NADMA No.1 yang turut melaksanakan tugasan pasca dan memberikan bantuan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) - daftar, selenggara, masak, keperluan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - kecemasan, kesihatan dan agensi-agensi lain - menyelamat, memindah mangsa. Di samping itu, BSMM akan digerakkan lebih aktif bersama NGO Rakan NADMA bagi membantu tugasan pasca terutama pendaftaran mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search