Sesi Lawatan Delegasi Rusia ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Lawatan Delegasi Rusia ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) | 19 Jun 2025 | Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya
H.E Kolonel Jeneral Alexandae V.Kurenkov, Menteri EMERCOM of Russia, Mr. Roman Kurynin, Timbalan Menteri EMERCOM of Russia dan delegasi seterusnya melawat ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Delegasi ini telah disambut oleh YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta pengurusan tertinggi BOMBA. Turut serta di dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai kanan NADMA.
Tujuan lawatan ini adalah bagi meneroka ruang kerjasama di dalam aspek operasi kebombaan dan keselamatan kebakaran di antara kedua-dua negara.
Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan (PGOK) dan mendengar taklimat tentang operasi kebombaan oleh YS TPjB Hj Nordin bin Pauzi, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat sebelum dibawa menyaksikan persembahan kebombaan oleh Pasukan STORM JBPM.
Seterusnya, kesemua mereka dibawa melawat ke Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Putrajaya dan ruangan pameran jentera serta kelengkapan yang digunakan pasukan bomba dalam operasi.