Mesyuarat Dua Hala antara NADMA Malaysia dan EMERCOM of Russia
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Dua Hala antara NADMA Malaysia dan EMERCOM of Russia | 19 Jun 2025
H.E Kolonel Jeneral Alexander V. Kurenkov, Menteri EMERCOM of Russia dan delegasi seterusnya menghadiri Mesyuarat Dua Hala antara NADMA Malaysia & EMERCOM of Russia yang berlangsung di Markas SMART, Puchong. Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama dengan YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah NADMA Malaysia.
Mesyuarat dua hala ini mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua negara dalam memperkukuh kerjasama strategik dalam pengurusan bencana termasuk latihan bersama antara SMART NADMA dengan Pasukan Menyelamat EMERCOM, perkongsian teknologi UAV bukan ketenteraan, dan persediaan ke arah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU).
Mesyuarat bersetuju dan menyokong penuh pertukaran teknikal, program pembangunan kapasiti dan penglibatan aktif di platform serantau seperti ACDM dan INSARAG. Semoga kerjasama ini menjadi pemacu ke arah ketahanan bencana yang lebih mampan dan bersepadu antara kedua-dua buah negara.