PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Meraikan Lawatan Delegasi EMERCOM Rusia Sebelum Berlepas Pulang

Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Meraikan Lawatan Delegasi EMERCOM Rusia Sebelum Berlepas Pulang | 19 Jun 2025
 
Bagi mengakhiri latihan bersama dalam rangka lawatan kerja delegasi EMERCOM of Russia ke Malaysia, satu majlis makan malam rasmi telah diadakan sebagai tanda penghargaan dan persahabatan antara kedua-dua negara.
 
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), berbesar hati menjadi tuan rumah bagi meraikan semua delegasi. Majlis turut dihadiri oleh ahli JPBP, anggota-anggota pasukan RUS-03 serta pegawai-pegawai NADMA.
 
Majlis ini diadakan sebelum TYT Kolonel Jeneral Alexandar V. Kurenkov, Menteri EMERCOM Rusia, bersama delegasi berlepas pulang sekaligus menjadi penutup yang signifikan kepada lawatan kerja mereka di Malaysia.
 
Ketibaan beliau diiringi oleh YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah NADMA bersama barisan pengurusan tertinggi NADMA. Kerjasama erat dalam pengurusan bencana dan kecemasan antara Malaysia dan Rusia dijangka akan terus diperkukuh menerusi jalinan strategik ini.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search