PETALING JAYA: Cuaca dijangka tidak menentu pada hari terakhir Persidangan ASEAN ke-47 yang berlangsung di ibu negara, dengan kemungkinan ribut petir melanda pada 28 Oktober ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca di sekitar Kuala Lumpur baik pada sebelah pagi sebelum hujan serta ribut petir pada sebelah petang.
“Bagaimanapun, cuaca pada dua hari pertama persidangan dijangka cerah dan baik, sesi pembukaan serta pertemuan pemimpin dijangka berlangsung seperti yang dirancang,” katanya dalam kenyataan.
MetMalaysia tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan lebat mahupun ribut kencang pada 26 dan 27 Oktober.
Persidangan yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu bakal menghimpunkan pemimpin tertinggi Asia Tenggara dengan Malaysia menjadi tuan rumah.
Turut dijangka hadir ialah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, selain pemimpin lain dari Brazil, China, Rusia, Afrika Selatan dan India. -UTUSAN
SUNGAI PETANI: Approximately 50 residents from 23 families in Kampung Huma, Tanjung Dawai, were relocated to a temporary relief centre (PPS) following a high tide flood on Wednesday (Oct 22) afternoon.
Kuala Muda Civil Defence Force (APM) officer Capt (PA) Amirul Asyraf Mohamad Mayadin said the evacuees have been housed at the Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choong Cheng PPS, which was opened at 6pm on Wednesday.
"Large waves crashed over the previously installed wall. Besides several houses reported to be at risk months ago, more homes have been damaged due to coastal erosion," he said when contacted by Bernama today.
He added that the erosion has become more severe, with even a recently completed wall being breached by the waves. This morning, the weather remains overcast with intermittent drizzle. - Bernama
NGO mahu hantar bantuan makanan pada Orang Asli pada musim tengkujuh perlu rujuk PKOB
- Admin UKK
- Berita
GUA MUSANG: Badan bukan kerajaan (NGO) atau kumpulan pacuan empat roda yang mahu membekalkan bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli di pedalaman sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) digesa berhubung dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di jajahan ini.
Pengerusi PKOB Gua Musang, Mohd Roshdi Ismail, berkata langkah itu bagi membolehkan pihaknya membuat penyelarasan kepada pihak yang berhasrat menghantar bantuan pada musim tengkujuh ini.
Katanya, kemasukan banyak kenderaan luar ke penempatan penduduk Orang Asli terutama di kawasan pedalaman boleh menyebabkan jalan masuk ke kawasan itu rosak teruk.
"Mana-mana pihak NGO atau berkumpulan yang mahu menghantar makanan kepada penduduk Orang Asli di pedalaman jajahan ini boleh menghubungi PKOB bagi memudahkan kami menyelaraskan bantuan yang akan diagihkan bagi persiapan menghadapi musim tengkujuh.
"Kami tidak menggalakkan mana-mana pihak masuk ke kawasan pedalaman kerana boleh menyebabkan jalan rosak hingga menyukarkan penduduk keluar jika berlaku hal kecemasan," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata pihaknya menghargai niat baik NGO datang membantu penduduk Orang Asli di pedalaman, namun ia memberi lebih masalah kepada penduduk untuk keluar jika berlaku kecemasan kerana jalan rosak.
"Keadaan cuaca hujan dan tanah yang basah boleh menyebabkan jalan rosak apabila dilalui banyak kenderaan pacuan empat roda.
"Jadi ada baiknya jika sumbangan diserahkan kepada PKOB atau Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menguruskannya," katanya.
Beliau berkata, hampir setiap tahun penduduk Orang Asli di pedalaman berdepan masalah jalan rosak apabila tiba musim tengkujuh.
"Jadi, saya berharap jalan perhubungan desa dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Tendrik, Pos Bihai, Apek Asud berkata, pula berkata penduduk Orang Asli berharap pihak berkuasa dapat mengetatkan kawalan kepada pihak yang ingin masuk mengadakan program di perkampungan Orang Asli ketika musim tengkujuh.
Katanya, setiap kali musim tengkujuh, masyarakat Orang Asli terjejas kerana tidak dapat keluar melakukan urusan harian dan membeli barangan keperluan kerana laluan rosak teruk.
SUNGAI PETANI: Seramai 50 penduduk Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Choong Cheng akibat banjir air pasang besar, semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapten (PA), Amirul Asyraf Mohamad Mayidin, berkata PPS dibuka jam 6 petang dan mangsa terdiri daripada 23 keluarga.
Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK), Kampung Sungai Pial, Ahmad Fauzi Othman, ketika dihubungi berkata hujan lebat berterusan dari pagi hingga malam tadi memburukkan lagi keadaan.
"Selain beberapa rumah dilaporkan terancam sejak beberapa bulan lepas, ada lagi yang turut terjejas akibat hakisan pantai dan keadaan lebih teruk selepas dibadai ombak semalam," katanya.
Ahmad Fauzi berkata, penduduk berada dalam kawasan berisiko diarahkan berpindah ke PPS sejak malam tadi bagi mengelakkan perkara tidak diingini.
"Hakisan semakin buruk. Malah ada tembok baru siap juga dilimpahi air dan pagi ini, cuaca masih mendung selain hujan renyai," katanya.
KUALA LUMPUR, 23 Okt: Malaysia menyasarkan tempoh pengeluaran amaran awal gempa bumi dan tsunami dipercepatkan kepada enam minit berbanding lapan minit ketika ini.
Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu dijangka dapat direalisasikan pada tahun depan,
Jelas beliau, usaha dilakukan melalui peningkatan keupayaan sistem amaran dan rangkaian pemantauan gempa di seluruh negara.
“Maklumat gempa dan amaran awal tsunami dikeluarkan dalam tempoh lima minit selepas pengesahan dan disalurkan kepada agensi berkaitan serta orang awam melalui pelbagai saluran komunikasi.
“Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sedang menaik taraf sistem bagi mempercepatkan pengeluaran maklumat daripada lapan minit kepada enam minit menjelang 2026 dan seterusnya lebih pantas selepas itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang meminta kerajaan menyatakan persediaan bagi menghadapi kejadian gempa bumi terutamanya bagi kawasan yang tidak pernah mengalaminya.
Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, ketika ini terdapat 80 stesen seismik di seluruh negara yang disokong oleh 323 stesen antarabangsa dengan data masa nyata bagi memastikan pemantauan lebih menyeluruh.
“MET Malaysia turut bekerjasama rapat dengan Pusat Amaran Tsunami Pasifik, Pusat Penasihat Tsunami Laut China Selatan, dan Sistem Amaran serta Mitigasi Tsunami Lautan Hindi.
“Ini memastikan amaran awal yang dikeluarkan tepat dan boleh dipercayai,” jelasnya.
Johari menegaskan, langkah itu penting bagi memastikan kesiapsiagaan negara terhadap kejadian gempa, termasuk di kawasan yang sebelum ini tidak pernah terdedah kepada ancaman tersebut.
Dalam pada itu, Johari memberitahu pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan di negara ini sebagai ‘hotspot’ gempa bumi.
Kata beliau, antara kawasan yang dikenal pasti termasuk Ranau, Lahad Datu, Niah, Bukit Tinggi, Janda Baik, Batang Kali, Ulu Yam, Kuala Pilah, Kenyir, Manjung dan Temenggor.
“Baru-baru ini, kita juga mengenal pasti Mersing, Segamat dan Batu Pahat sebagai kawasan yang menunjukkan aktiviti gegaran kecil,” ujarnya. – TVS
