YBhg Ketua Pengarah Bersama Pihak Pengurusan NADMA Menziarahi Keluarga Allahyarhamah Pbt (PA) Nor Hezlina Nazrin
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
YBhg Ketua Pengarah bersama pihak pengurusan NADMA menziarahi keluarga Allahyarhamah Pbt (PA) Nor Hezlina Nazrin di Kanchong Darat yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya awal pagi semalam.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat bencana.
Kesiapsiagaan Komuniti
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 bermula daripada keprihatinan kita terhadap komuniti sekeliling.
Kenali jiran berisiko, kongsi maklumat sahih dan bantu mereka membuat persediaan awal. Ingat, keselamatan adalah tanggungjawab bersama!
BILA AIR NAIK, JANGAN REDAH!
Air banjir bukan sekadar menghalang perjalanan, malah boleh membawa bahaya yang tidak kelihatan. Arus deras, longkang tersembunyi dan keadaan jalan yang tidak selamat boleh mengancam nyawa.
Jangan ambil risiko! Elakkan kawasan banjir, jauhi arus deras, gunakan laluan alternatif dan sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa. Ingat, lebih baik berpatah balik daripada mempertaruhkan nyawa.
Bersedia,Berwaspada,Bertindak!
Setiap kawasan mempunyai risiko bencana yang berbeza. Kenali risiko di persekitaran anda dan pastikan langkah kesiapsiagaan sentiasa diutamakan.
Rancang tindakan awal, patuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa utamakan keselamatan diri serta keluarga.
