PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

KENALI JENIS-JENIS BANJIR, FAHAMI PUNCANYA

Banjir boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antaranya banjir monsun, banjir kilat, banjir pantai dan banjir cenang. Hujan lebat berterusan, air pasang, sistem saliran tidak mencukupi serta halangan dalam sungai antara faktor yang boleh meningkatkan risiko banjir.

Jangan tunggu sehingga bencana berlaku! Kenali risiko di kawasan anda, peka terhadap amaran cuaca dan sentiasa bersedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027. Utamakan keselamatan diri dan keluarga serta patuhi arahan pihak berkuasa.

Previous Next

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔

Jerebu bukan sekadar menjejaskan jarak penglihatan, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan dan aktiviti harian. Orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar, minum air secukupnya dan memakai pelitup muka yang sesuai apabila berada di luar bangunan.

Pastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih, kurangkan punca pencemaran dalaman dan gunakan mod kitaran udara dalaman ketika memandu. Sentiasa peka terhadap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan ambil langkah sewajarnya untuk melindungi kesihatan diri serta keluarga.

Previous Next

JEREBU: KENALI RISIKO, LINDUNGI DIRI

Jerebu bukan sekadar mengurangkan jarak penglihatan, malah boleh menjejaskan kesihatan dan rutin harian. Dalam menghadapi Fasa Peralihan Monsun 2026, orang ramai disaran agar sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan keadaan kualiti udara di kawasan masing-masing.

Pantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), kurangkan aktiviti luar apabila perlu dan berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ambil langkah berjaga-jaga demi melindungi diri, keluarga dan komuniti.

Previous Next

MITOS ATAU FAKTA? JEREBU, JANGAN MUDAH TERPEDAYA!
Jerebu bukan sekadar menyebabkan udara kelihatan berkabus. Zarah pencemar halus boleh menjejaskan kesihatan walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, manakala kesannya boleh dirasai oleh semua golongan, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan.
Jangan mudah percaya pada mitos! Pantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), kurangkan aktiviti luar apabila kualiti udara tidak sihat dan ambil langkah sewajarnya untuk melindungi diri serta keluarga.
Previous Next

KEKAL SIHAT SEMASA JEREBU
Jerebu boleh menjejaskan kesihatan, khususnya golongan kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan. Sepanjang Fasa Peralihan Monsun 2026, orang ramai disarankan mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk menggunakan pelitup muka yang sesuai seperti N95 bagi membantu mengurangkan pendedahan kepada partikel halus jerebu.
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search