𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐑𝐄𝐒𝐈𝐋𝐈𝐄𝐍𝐓 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝐄𝐗𝐏𝐎𝐒𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐀𝐍𝐃 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐑𝐄𝐒𝐈𝐋𝐈𝐄𝐍𝐓 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝐄𝐗𝐏𝐎𝐒𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐀𝐍𝐃 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟖 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim bersama-sama Ketua Bahagian Jualan Mercedes- Benz Malaysia, Encik Paul Wong dan Encik JC Yap, menyempurnakan sesi pelepasan kenderaan rasmi Resilient Asia 2026 bersama Mercedes-Benz Malaysia selaku Rakan Kerjasama Strategik Mobiliti, di Wisma Mercedes-Benz, Bandar Kinrara, Puchong.
Resilient Asia 2026 menerima 20 unit kenderaan dari Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi bagi acara tersebut yang bakal diadakan pada 24 - 26 April 2026 bertempat World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL).
Penglibatan Mercedes Benz dalam menyokong Program Resilient Asia 2026 sebagai tanda kerjasama strategik dan sokongan ke arah inisiatif pengurangan risiko bencana dalam konteks kerjasama awam-swasta (public private partnership).
Teknologi Mercedes dalam bidang automotif tidak dapat dinafikan, termasuk dalam membina kenderaan responder - Pasukan SMART turut menggunakan kenderaan Mercedes di awal penubuhan sejak 1995.
Kenderaan ini turut akan dipamerkan semasa program RA di World Trade Centre. Justeru, selari dengan perkembangan teknologi automotif oleh Mercedes, kerjasama ini dapat menjadi pemangkin teknologi kenderaan masa hadapan termasuk AI yang yang boleh dimanfaatkan dalam pengurusan bencana.
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐈𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 (𝐏𝐏𝐊𝐁)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐈𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 (𝐏𝐏𝐊𝐁) | 𝟏𝟕 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Cadangan Membina dan Menyiapkan Dewan Terbuka Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Dalam Kawasan Sekolah di SK. Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Penyerahan PPKB ini telah disempurnakan oleh Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA, Tuan Zulkurnain Abdul Rahman, Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan Tuan Ir. Fairul Azrie Yaacop, Jurutera Daerah JKR Batu Pahat, Johor.
PPKB SK Seri Medan adalah projek bina baharu yang pertama telah disiapkan. Projek PPKB ini menelan belanja sebanyak RM8,000,000.00 dan telah disiapkan oleh pihak JKR dalam masa 18 bulan pembinaannya. PPKB ini berkemampuan menampung sekurang-kurangnya 500 mangsa dalam satu-satu masa dan PPKB ini pastinya dapat memberi keselesaan kepada mangsa-mangsa bencana.
PPKB yang dibina di seluruh negara mengambil kira dwi konsep iaitu sebagai pusat pemindahan semasa bencana dan boleh menjadi pusat aktiviti bagi sekolah atau komuniti setempat pada keadaan biasa.
NADMA terus komited dalam menyediakan kemudahan tersebut dan kerjasama yang baik bersama JPBN dan KPM bagi mengenal pasti lokasi PPS yang bersesuaian untuk dijadikan PPKB pada masa hadapan.
Turut hadir menyaksikan simbolik penyerahan PPKB ini ialah Datuk Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA, Pengarah-Pengarah Seksyen NADMA, Pengarah APM Johor, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi serta Pegawai-pegawai SUK, JKR, JPN, APM, JKM Negeri Johor.
Bengkel Penyediaan dan Penyelarasan Cadangan Projek Pembangunan Rolling Plan 2 (RP2) Tahun 2027
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Bengkel Penyediaan dan Penyelarasan Cadangan Projek Pembangunan Rolling Plan 2 (RP2) Tahun 2027 | 14-16 April 2026
Telah berlangsung Bengkel Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan bengkel bagi Penyediaan dan Penyelarasan Cadangan Projek Pembangunan Rolling Plan 2 (RP2) Tahun 2027 Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan kertas cadangan projek baharu RP2 serta membincangkan mengenai jadual pelaksanaan dan kewangan projek bagi projek sambungan RP2 RMK13. Peserta bengkel telah berjaya menyediakan input sebagai persediaan Sesi Pemeriksaan Bajet RP2 tahun 2027 RMK13 dengan Kementerian Ekonomi.
YBhg. Datuk Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca) turut hadir sebagai perasmi majlis penutup bengkel ini.
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐒𝐔 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐒𝐔 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 | 𝟏𝟒 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi di Pejabat Ketua Setiausaha, Menara Komunikasi pada pagi ini.
Tujuan utama pertemuan ini diadakan adalah untuk membincangkan dan memperkukuh peluang kolaborasi strategik antara kedua-dua agensi dalam memperkasa isu-isu pengurusan bencana negara agar maklumat dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada rakyat.
Antara intipati perbincangan dalam pertemuan ini termasuklah keperluan menyalurkan maklumat dan hebahan bencana yang sahih, tepat, dan pantas melalui saluran dan agensi rasmi kerajaan seperti RTM dan BERNAMA, serta usaha untuk mengawal lambakan maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan situasi panik dalam kalangan masyarakat sewaktu berlakunya krisis dan bencana.
Pihak NADMA merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas komitmen dan sokongan daripada Kementerian Komunikasi.
Semoga perbincangan dan kesepakatan ini dapat memastikan komunikasi ketika krisis diuruskan dengan lebih cermat, teratur, dan efektif demi keselamatan rakyat keseluruhannya.
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 (𝐂𝐁𝐃𝐑𝐌) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 (𝐂𝐁𝐃𝐑𝐌) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍 | 𝟏𝟏 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
YBhg. Datuk Haji Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA telah merasmikan Majlis Penutup Program CBDRM Wilayah Persekutuan Labuan.
NADMA berkerjasama dengan Perbadanan Labuan dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi menganjurkan program tersebut yang disertai seramai 50 peserta yang terdiri daripada komuniti-komuniti kampung, wakil NGO tempatan serta pelajar UMS Kampus Labuan.
Para peserta telah mengikuti siri taklimat yang merangkumi peranan agensi dan komuniti dalam pengurusan bencana, risiko tsunami dan gempa bumi di WP Labuan serta tatacara Prosedur Operasi Standard Pelan Tindakan Operasi (PTO) Tsunami.
Selain itu, program turut menekankan aspek praktikal melalui pelaksanaan beberapa latihan simulasi termasuk simulasi tsunami dan gempa bumi, latihan pemetaan risiko bencana, serta aktiviti berkumpulan yang melibatkan pengenalpastian laluan evakuasi dan kawasan selamat, penyediaan beg kecemasan (grab bag) dan latihan pertolongan cemas meliputi pengendalian kecederaan seperti patah anggota, teknik CPR serta rawatan kecederaan akibat runtuhan bangunan. Slot bersama NGO turut memberikan perspektif tambahan mengenai peranan sukarelawan dalam membantu pengurusan bencana di peringkat komuniti.
