ππππππππ πππππππ πππππππ ππ ππππππ πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tuan Meor Ismail Meor Akim telah mengambil kesempatan untuk turun dan meninjau keadaan pengoperasian di lapangan yang dikendalikn oleh JPBN Sabah dan JPBD Pitas. Lebih 3,200 penduduk setempat terjejas dan mendapat perlindungan di PPS. Keadaan ini berikutan dua (2) episod bencana banjir yang telah melanda daerah ini dalam tempoh 20 hingga 26 Februari 2026 dan 10 hingga 11 Mac 2026 yang lalu.
Β
Ketua Pengarah NADMA bersama-sama YB Datoβ Verdon Bahanda, Ahli Parlimen Pitas dan Encik Asdi @ Mohd Faizal Hussin, Pegawai Daerah Pitas telah melakukan tinjauan ke kawasan jambatan runtuh di Kampung Pias, Kanibongan, Pitas bagi melihat sendiri keadaan semasa.
Β
Insiden jambatan runtuh ini telah menjejaskan 20 buah kampung yang didiami oleh hampir 7,000 orang penduduk.
Β
NADMA akan meneliti keperluan bantuan segera di kawasan ini bagi memastikan situasi semasa dapat dipulihkan sekaligus membolehkan penduduk menjalani kehidupan seperti sedia kala.
PROGRAM IHYA' RAMADAN
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Program Ihyaβ Ramadan NADMA diteruskan dengan pengisian tazkirah bertajuk βHikmah Nuzul Quran di Bulan Ramadanβ yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Amin Ibrahim.
Perkongsian yang penuh penghayatan ini mengingatkan warga NADMA tentang keistimewaan peristiwa Nuzul Quran serta kepentingan mendekatkan diri kepada Al-Quran sebagai panduan kehidupan, di samping memperkukuh keimanan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Β
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada 17 orang anak-anak yatim bagi meraikan kehadiran mereka dalam program Ihya' Ramadan NADMA.
Program Ihya' Ramadan NADMA kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa yang menghimpunkan warga NADMA bersama ahli keluarga dalam suasana penuh kesyukuran. Selepas itu, para hadirin menunaikan solat Maghrib diikuti dengan solat sunat Tarawih secara berjemaah.
Β
Pengisian program pengimarahan bulan Ramadan ini turut mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai keikhlasan, kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga NADMA dalam mengejar ganjaran dan syafaat bulan yang mulia ini.
πππππππππππ πππππππ πππππππ πππππ ππππππππ πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Ketua Pengarah NADMA hari ini telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga NADMA yang diadakan di Markas SMART.
Antara intipati amanat Ketua Pengarah adalah warga NADMA perlu sentiasa pantas, cekap dan responsif dalam melaksanakan perkhidmatan serta berfikir lebih ke hadapan terutama apabila membuat dasar-dasar yang melibatkan penambahbaikan dalam pengurusan bencana.
Β
Warga NADMA turut diingatkan untuk sentiasa menjaga nilai integriti serta melaksanakan tugas dengan tadbir urus yang baik.
βIntegrity is doing the right thing, even when no one is watching.β
Β
Sebagai agensi yang menguruskan operasi bencana, kepercayaan rakyat merupakan amanah besar yang perlu sentiasa dipelihara.
Β
Majlis diakhiri dengan penyampaian kuih raya kepada anggota SMART yang akan bertugas sepanjang sambutan Hari Raya nanti oleh Ketua Pengarah NADMA sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka.
Bila warga NADMA berkumpul di Markas SMART untuk sesi rewang masak bubur lambuk memang meriah! 
Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA dan YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA bersama-sama menyantuni petugas-petugas memasak Bubur Lambuk.
Β
Aktiviti ini bukan sekadar memasak, tetapi menjadi ruang mengeratkan silaturahim dan berkongsi rezeki sempena Ramadan yang penuh keberkatan. 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan sempena Program Ihyaβ Ramadan NADMA 2026. Seramai 35 peserta telah mengimarahkan bacaan Al-Quran pada pagi ini dengan suasana penuh kesederhanaan, ukhuwah dan penghayatan. Alhamdulillah.
