๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐-๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Bagi memperkukuh kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Persatuan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADIM) telah melaksanakan Sesi Latihan Tenaga Pengajar (๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐ฐ๐ง ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ด โ ๐๐๐)CBDRM kepada NGO Rakan NADMA selama 3 hari 2 malam.
ย
Seramai 40 peserta daripada 14 NGO Rakan NADMA telah menyertai latihan ini. Peserta didedahkan kepada pendekatan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) yang merangkumi pemetaan risiko, penilaian kawasan (jenguk kawasan), pembangunan pelan tindakan bencana, komunikasi serta pemahaman sejarah bencana setempat.
ย
Bagi memberikan pendedahan kepada situasi sebenar di lapangan, sesi ๐ ๐ผ๐ฑ๐๐น ๐๐ฒ๐ป๐ฎ๐น๐ถ ๐ฅ๐ถ๐๐ถ๐ธ๐ผ turut melibatkan penduduk Kampung Jawa, Hulu Langat yang pernah terkesan bencana banjir pada tahun 2021. Manakala ๐ ๐ผ๐ฑ๐๐น ๐๐ฒ๐ป๐ด๐๐ธ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป pula membawa peserta meninjau lokasi yang terjejas teruk akibat banjir besar tersebut, kini berfungsi sebagai living lab kepada kejadian bencana serta berinteraksi secara langsung dengan mangsa banjir bagi memahami impak sebenar yang dialami oleh komuniti.
ย
Latihan ini adalah langkah strategik NADMA dalam memperkasa NGO sebagai penggerak utama di peringkat akar umbi terutama dalam melatih komuniti untuk bersiap siaga. Penglibatan aktif NGO Rakan NADMA diyakini mampu membantu komuniti mengurangkan risiko bencana serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan. Program CBDRM ini bukan sekadar latihan teknikal, tetapi memerlukan komitmen berterusan, hubungan erat serta kesinambungan antara NGO dan komuniti.
ย
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA dan turut dihadiri oleh Encik Jefny Muhammad, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS) serta pegawai-pegawai SPKS.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
YB Datoโ Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei Darussalam, telah mengadakan lawatan kerja ke Malaysia, diiringi oleh tujuh (7) orang pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Brunei Darussalam.
ย
Delegasi Malaysia pula diketuai oleh Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA, bersama Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) serta pegawai-pegawai kanan NADMA.
ย
Dalam lawatan kerja ini, delegasi Brunei Darussalam telah dibawa melawat ke Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan juga Pusat Simulasi Bencana SMART bagi melihat kesiapsiagaan fasiliti Malaysia dalam pengurusan bencana.
ย
Delegasi Brunei Darussalam juga mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di pejabat beliau, di Bangunan Perdana Putra.
ย
Lawatan ini memberi pelbagai manfaat kepada kedua-dua negara, termasuk memperkukuh hubungan diplomatik, meningkatkan perkongsian kepakaran serta membuka ruang kerjasama dalam operasi mencari dan menyelamat.
๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ข๐ก๐๐ง ๐๐ฐ๐๐ง (๐๐๐) ๐ ๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ข ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ค๐ ๐๐๐ง ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Hari Terakhir Operasi Pembenihan Awan (OPA) Fokus Empangan di Negeri Melaka dan Johor | 9 April 2026
ย
OPA hari ini bermula jam 1.00 tengah hari menuju ke kawasan Empangan Jus di Melaka sebagai laluan tambahan susulan permohonan yang diterima daripada kerajaan negeri Melaka dan disusuli pembenihan awan di empangan sekitar negeri Johor pada jam 2.00 petang.
ย
Operasi hari ini masih menggunakan pesawat C-130 TUDM dengan membawa muatan 6,000 liter larutan garam.
ย
Keadaan awan di sekitar kawasan empangan Jus, Melaka menunjukkan terdapat awan kumulus menara yang sesuai untuk dibuat pembenihan yang bermula jam 1.30 tengah hari.
Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun bermula jam 8.30 malam di Empangan Jus sehingga jam 9.30 malam.
ย
Sementara di empangan sekitar negeri Johor pula, semburan larutan garam bermula pada jam 2.02 petang sehingga 2.55 petang meliputi Empangan Upper Layang, Lower Layang, Gunung Pulai dan Machap. Awan hujan mula terbentuk sekitar jam 4.00 petang di sekitar lokasi Empangan Machap dan hujan berterusan sehingga jam 6.00 petang.
ย
Pelaksanaan OPA hari terakhir di Negeri Melaka dan Johor ini berjaya menurunkan hujan di beberapa kawasan sasaran OPA.
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
Pengurusan Tertinggi NADMA berkumpul di Bilik Mesyuarat Ruan Changkul, Aras 7 bagi bersama-sama menyaksikan amanat YAB Perdana Menteri bersama Warga Kementerian
bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan bagi Bulan April pagi ini.
๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ญ๐ข๐ ๐ ๐๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ข๐ก๐๐ง ๐๐ฐ๐๐ง (๐๐๐) ๐ ๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ข ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ค
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Hari Ketiga Operasi Pembenihan Awan (OPA) Fokus Empangan di Negeri Perak | 8 April 2026
ย
OPA hari ini bermula jam 2.25 petang di kawasan Empangan Bukit Merah dan disusuli pembenihan awan di Empangan Temenggor pada jam 3.05 petang. Operasi hari ini masih menggunakan pesawat C-130 TUDM dengan membawa muatan 6,000 liter larutan garam.
ย
Awan hujan sudah mula terbentuk di kawasan sasaran selepas semburan air garam dibuat dalam tempoh satu jam. Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun seawal jam 5.00 petang di Empangan Temenggor dan berterusan sehingga jam 8.30 malam. Sementara di Bukit Merah, awan hujan mula terbentuk sekitar jam 9.00 malam dan hujan masih berlaku di kawasan tersebut sehingga kini.
ย
Pelaksanaan OPA pada hari ketiga di Negeri Perak juga berjaya menggalakkan perkembangan awan konvektif yang seterusnya menghasilkan hujan kawasan sasaran.
