Sekitar tinjauan YAB Perdana Menteri ke lokasi kejadian kepala air dan banjir di Kampung Iboi, Baling. Kejadian tersebut telah mengakibatkan kemusnahan rumah dan kehilangan 3 nyawa.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
1 September 2022 ~ Sekitar tinjauan YAB Perdana Menteri ke lokasi kejadian kepala air dan banjir di Kampung Iboi, Baling. Kejadian tersebut telah mengakibatkan kemusnahan rumah dan kehilangan 3 nyawa.
YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid, turun padang menyantuni mangsa-mangsa banjir yang berlindung di PPS Balai Raya Kg Bangi Lama.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid, turun padang menyantuni mangsa-mangsa banjir yang berlindung di PPS Balai Raya Kg Bangi Lama.
PPS yang dibuka pagi 30 Ogos 2022 buat masa ini menempatkan 33 orang mangsa daripada 8 Ketua Isi Rumah (KIR).
Hujan lebat yang berterusan dipercayai telah menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di sekitar Bangi petang semalam.
Mesyuarat Disaster Management Working Group (DMWG) Malaysia-Thailand yang ke 26, telah berlangsung di Songkhla, Thailand pada 24 Ogos 2022.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Disaster Management Working Group (DMWG) Malaysia-Thailand yang ke 26, telah berlangsung di Songkhla, Thailand pada 24 Ogos 2022.
Mesyuarat hasil kerjasama General Border Committee Malaysia - Thailand ini antara lain telah melantik wakil negara sebagai “contact point” bagi memantapkan lagi komunikasi jika berlakunya bencana di antara daerah-daerah di sempadan kedua-dua negara.
Mewakili Malaysia, Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA mengemukakan National Disaster Command Center (NDCC) NADMA sebagai pusat perhubungan bencana negara dalam apa jua lokasi dan keadaan bencana.
Persetujuan juga telah dicapai untuk mengadakan Program Seminar Pengurusan bencana yang melibatkan pihak2 pengurus bencana daerah-daerah bersempadan antarabangsa kedua-dua negara.
Sekretariat DMWG juga menjadi satu lagi saluran perhubungan ketika menguruskan bencana di sempadan.