PERJUMPAAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL SABAH, SARAWAK DAN TUGAS-TUGAS KHAS) BERSAMA RAKAN NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
15 Disember 2022, Pagi ini YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Amrizan Mohd Ali telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Rakan NADMA, bertempat di Markas Pasukan SMART, Puchong, Selangor. Majlis yang disertai 72 rakan-rakan daripada 36 kumpulan NGO ini turut dihadiri Datuk Khairul Shahril Idrus Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Pasca Bencana NADMA dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perancangan dan Kesiapsiagaan Bencana (Dasar), Tuan Jamil Derus bin Ahmad.
YB Menteri telah menzahirkan penghargaan kepada keluarga Rakan NADMA atas kerjasama yang telah diberikan sejak penubuhannya pada tahun 2017 yang mana telah terbukti menjadi satu platform penting dalam mengembling usaha serta bantuan untuk disalurkan kepada mangsa bencana bukan sahaja bencana banjir malah bencana-bencana lain sebagai contoh ketika negara berhadapan pandemik COVID-19.
Kerjasama yang terbentuk ini terbukti berkesan ketika negara dilanda bencana banjir pada MTL 2021/2022 yang lalu di mana seramai 26,989 orang sukarelawan telah dikerah di seluruh negara dan secara aktif membantu mangsa banjir dalam beberapa aspek seperti pemberian bantuan makanan dan keperluan asas, pembersihan pasca bencana, perkhidmatan bantuan kesihatan dan perubatan, bantuan logistik dan pengangkutan serta perkhidmatan komunikasi alternatif.
NADMA bersama-sama dengan agensi kerajaan lain telah merancang persediaan rapi bagi memastikan semua jentera kerajaan dapat diselaras dan digerakkan bagi membantu mangsa yang terjejas banjir. Namun begitu, tindak balas agensi kerajaan semata-mata tidak akan lengkap tanpa bantuan serta kerjasama erat di antara Agensi Kerajaan dan Badan-Badan Sukarela serta pihak swasta.
Budaya kesiapsiagaan di kalangan rakyat perlu melibatkan kerjasama bersepadu semua agensi kerajaan bermula dari peringkat pusat, negeri dan daerah serta pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk orang perseorangan.
LAWATAN YB DATUK ARMIZAN MOHD ALI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (SABAH, SARAWAK DAN TUGAS-TUGAS KHAS) KE SMK SERI SEMANTAN, TEMERLOH, PAHANG
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
13 DISEMBER 2022- YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) berkesempatan menyantuni mangsa-mangsa banjir yang sedang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh, Pahang.
PPS ini telah diaktifkan pada 8 Disember PPS dan buat masa ini menempatkan 339 mangsa daripada 103 Ketua Isi Rumah (KIR). Kebanyakan daripada mangsa di PPS ini adalah daripada penduduk komuniti Kampung Batu Kapor.
MESYUARAT PENGURUSAN BENCANA PUSAT (JPBP) BILANGAN 3 TAHUN 2022 BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI, DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
13 DISEMBER 2022 - Petang ini YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 3 bagi tahun 2022.
Secara amnya, YAB Timbalan Perdana Menteri berpuas hati dengan mekanisme pengurusan bencana yang dilihat telah berjalan dengan baik diperingkat daerah dan juga negeri. Mengambil iktibar daripada kejadian banjir sebelum ini, keberkesanan operasi, tindakan proaktif dan penyelarasan berkesan daripada JPBN dan JPBD adalah amat penting bagi memastikan tindakan menguruskan bencana dapat dilaksanakan dengan cepat, teratur dan berkesan.
YAB TPM berharap Pengerusi JPBN dan JPBD tekal merancang dan melaksanakan penambahbaikan pengurusan dan pengurangan risiko bencana melalui dasar, pelan tindakan, program, serta projek yang bermanfaat dan sesuai dengan risiko bencana di negeri masing-masing. Kerjasama serta komitmen daripada semua pihak yang terlibat, pengurusan dan pengurangan risiko bencana akan dapat dilaksanakan dengan baik demi kesejahteraan rakyat dan negara.
LAWATAN KERJA RASMI YB DATUK ARMIZAN MOHD ALI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (SABAH, SARAWAK DAN TUGAS-TUGAS KHAS) KE NADMA MALAYSIA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
8 Disember 2022 – Lawatan Kerja Rasmi YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) ke NADMA Malaysia.
Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas pengurusan bencana negara, YB Armizan diberi taklimat khas berkaitan peranan dan tanggungjawab NADMA sebagai penyelaras pengurusan bencana.
Antara perkara lain yang turut dibincangkan adalah situasi terkini MTL 2022/2023 serta koordinasi dan kerjasama baik semua pihak yang terlibat bagi memastikan kelancaran pengurusan bencana negara.
Ketibaan YB Menteri disambut mesra pengurusan tertinggi NADMA yang diketuai oleh Datuk Khairul Shahril, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana).