KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi antara pasukan negara asing yang pertama tiba di Turkiye bagi membantu kerajaan negara itu dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi gempa bumi yang kini sudah meragut lebih 7,000 nyawa termasuk di Syria. Menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan, hari ini, negara berjaya menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dengan segera dalam tempoh kurang 12 jam.
Katanya, ia adalah hasil penyelarasan sangat baik antara semua agensi kerajaan Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, Kedutaan Besar Republik Turkiye di Kuala Lumpur serta Turkish Airlines. "Susulan arahan Perdana Menteri pada petang kelmarin, Kerajaan Malaysia menghantar pasukan SMART ke Turkiye untuk terbabit dalam misi bantuan SAR mangsa yang terjejas, bersama pihak berkuasa tempatan.
"Seramai 70 anggota pasukan itu selamat tiba di Istanbul pada jam 6 pagi waktu tempatan semalam, dan turut digerakkan ke Adana bagi misi SAR di kawasan berkenaan yang terletak 500 kilometer (km) dari Ankara atau 987km dari Istanbul," katanya.
Wisma Putra berkata, mesyuarat penyelarasan dipengerusikan bersama Menteri Luar serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak serta Tugas-Tugas Khas) selepas pelepasan pasukan SMART di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), turut bersetuju untuk membentuk sebuah Pasukan Petugas (Task Force). "Ia bagi menyelaraskan usaha bantuan kemanusiaan dari Malaysia, termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Pasukan Petugas itu diketuai bersama Wisma Putra dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan objektif utama bagi memastikan segala persiapan dan perancangan untuk salur bantuan kemanusiaan ke negara-negara terkesan akibat bencana gempa bumi ini, berjalan lancar, teratur serta memenuhi garis panduan oleh kerajaan-kerajaan berkenaan," katanya.
Katanya, satu mesyuarat koordinasi antara Pasukan Petugas itu dengan NGO Malaysia dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi tadi.
Dalam pada itu, Kementerian Luar menasihati warga Malaysia yang sedang berada di Turkiye, Syria dan negara-negara berdekatan, supaya terus mengambil berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini.
"Patuhi nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa."
"Sekiranya memerlukan bantuan segera, warga Malaysia di negara-negara ini dinasihatkan segera berhubung dengan Kedutaan-kedutaan Besar Malaysia di Amman, Ankara, Beirut atau Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul atau Konsul Kehormat Malaysia di Damsyik," katanya. - BERTA HARIAN
KUALA LUMPUR – Six states are still affected by the floods as of 4pm today compared to seven this morning, with 2,701 victims still taking shelter at 46 relief centres.
The National Disaster Management Agency (NADMA) in a statement today informed that the floods involved 15 districts in the states of Perak, Selangor, Melaka, Johor, Kelantan and Sarawak.
“As of 4pm today the water level readings of four rivers namely Long Jegan, Long Teru, Marudi in Miri and Sebauh in Bintulu, Sarawak were at dangerous level according to the Department of Irrigation and Drainage (DID),” read the statement.
NADMA also informed that the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has also issued a significant weather advisory for the period Nov 20 to 26, based on the analysis of weather forecasting models.
“According to the analysis, wind concentration is expected to occur in Peninsular Malaysia during the period Nov 20 until 24, and this situation has the potential to cause the formation of a squall line that brings with it thunderstorms, heavy rain and strong winds in the peninsular states,” Nadma said in the statement.
In addition, the Public Works Department (JKR) at 2pm today reported of flooding at seven locations, occurrence of six slope collapse, two road collapse and damage of two bridges.
“These incidents which occurred in Kedah, Perak, Johor, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu and Pahang involved nine federal roads and eight state roads,” the statement added.
Road users are urged to always take note of warnings and refer to disaster information before starting out on their journey. For information and inquiries, contact JKR’s Disaster Operations Room (BiGBen) at 03-26107727 or refer to the website http://bencanaalam.jkr.gov.my or follow @CSFJ_JKR on twitter. – Bernama
KUALA LUMPUR - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak setakat jam 4.30 petang Khamis.
JPS dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan maklumat ramalan hujan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi berkenaan sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.
Di Kedah melibatkan Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu dan Yan manakala Perlis di Kangar; Perak (Hilir Perak, Kerian, Kinta, Larut, Matang dan Selama, Perak Tengah); Pulau Pinang (Barat Daya, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara) sementara Selangor (Gombak, Hulu Langat, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang).
Di Wilayah Persekutuan melibatkan Kuala Lumpur manakala Negeri Sembilan di Port Dickson; Melaka (Jasin dan Melaka Tengah); Johor (Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Muar dan Pontian) serta Sarawak (Miri, Bintulu dan Kuching).
Menurut JPS, notis itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.
Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan memaklumkan Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Sarawak masih terjejas dengan banjir melibatkan 3,546 mangsa daripada 1,047 ketua isi rumah (KIR) direkodkan sedang berlindung di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari Khamis.
Nadma turut memaklumkan tiga PPS ditutup iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di Pasir Mas, Kelantan; PPS Surau Kampung Padang Serai Dalam di Larut, Perak dan PPS Dewan Tun Haji Mustapha di Lahad Datu, Sabah.
Nadma turut memaklumkan menurut laporan JPS setakat jam 4 petang, 13 sungai merekodkan bacaan aras air di tahap bahaya melibatkan Sarawak di Long Teru dan Marudi, Miri; Pahang di Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Johor (Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat); Negeri Sembilan (Sungai Linggi di Pekan Linggi, Port Dickson) dan Melaka (Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah serta Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah).
Di Selangor ia membabitkan Sungai Binjai di Pekan Meru dan Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning di Klang, Sungai Langat di Bukit Changgang di Kuala Langat, Sungai Selangor di Rantau Panjang di Kuala Selangor, Sungai Langat di Dengkil di Sepang dan Sungai Langat di Jenderam Hilir, Sepang.
Di samping itu, lapan sungai merekodkan bacaan aras air di tahap amaran melibatkan Long Jegan, Miri, Sarawak; Sungai Kandis di Kampung Jawa, Klang, Selangor; Johor (Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat; Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak serta Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru); Negeri Sembilan (Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol dan Sungai Muar di Kampung Berembang di Kuala Pilah) serta Kelantan (Rantau Panjang, Pasir Mas).
Sementara itu, menurut Nadma, JPS membuat pemakluman kepada orang ramai berkaitan situasi semasa di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada jam 12 tengah hari apabila beberapa lokasi di situ mengalami sedikit situasi limpahan air sungai di kawasan setempat disebabkan fenomena air mati (paras air laut dan air sungai berada di paras yang sama) dan ditambah faktor hujan renyai berterusan.
"Keadaan ini melambatkan proses penyurutan air di Taman Sri Muda. Pam Air di Pintu Sri Muda dan Kolam Takungan Banjir Taman Sri Muda diaktifkan pada jam 11.35 malam, 16 November dan masih beroperasi dengan optimum sehingga kini," menurut kenyataan itu.
Justeru, Nadma memaklumkan semua penduduk terutama di kawasan yang terlibat diminta berwaspada, mengambil langkah berjaga-jaga dan patuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Selain itu menurut Nadma, JPS menempatkan pam bergerak di sembilan lokasi sekitar Kuala Selangor bagi mempercepat aliran air keluar, dengan pam kekal turut ditempatkan di dua lokasi iaitu Kampung Asahan dan Parit Merbau, Kampung Bukit Kuching.
Dalam kenyataan sama, Jabatan Kerja Raya (JKR) pada jam 2 petang, melaporkan terdapat lapan lokasi terkesan kejadian banjir, tujuh lokasi cerun runtuh, satu lokasi jalan runtuh, dua lokasi kejadian jalan mendap dan dua lokasi kejadian jambatan rosak atau runtuh, menjadikan jumlah keseluruhan 20 lokasi membabitkan Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Johor dan Pahang.
Pengguna jalan raya diminta sentiasa peka amaran dan rujuk maklumat bencana sebelum memulakan perjalanan dan bagi makluman serta pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) JKR ditalian 03-26107727 atau rujuk laman web http://bencanaalam.jkr.gov.my selain Twitter @CSFJ_JKR.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang melaporkan kejadian ban pecah di Kampung Seri Tanjung, Dengkil, Selangor melibatkan kira-kira 50 rumah terkesan, berpunca daripada hujan lebat dan limpahan air akibat ban pecah di kampung itu, dengan JPS dilaporkan mengambil tindakan dan dalam proses pembaikan ban tersebut.
Selain itu, Nadma memaklumkan kejadian banjir di kawasan Kampung Long Bemang, Sarawak sejak 15 November lepas masih belum surut dan banyak kediaman terjejas, namun 530 orang daripada 103 rumah di kawasan itu kini dalam keadaan selamat serta berada di kawasan tinggi.
Orang awam diminta merujuk maklumat terkini daripada sumber yang sahih menerusi laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir. - Bernama